Sunday, January 31, 2010

Pertandingan Seni Khat

Pada pagi 30 Januari 2010, Program Bulan Penghayatan Islam anjuran Majlis Tindakan Dakwah KMK telah pun bermula.

Pagi ini dimulai dengan Pertandingan Seni Khat yang dikendalikan oleh Lajnah Penerbitan pimpinan Faiz. Antara sedutan pertandingan tersebut :

Seorang peserta sedang gigih menterjemahkan kreativitinya di helaian kertas...

 

Seorang Muslimah sedang giat melakarkan seni khat dengan penuh kekusyukkan.



Dan penyertaan yang paling tidak disangka-sangka:


Remaja Chinese, Wang sedang melakarkan seni khat yang menjadi kebanggaan umat Islam...
Semoga dengan bermulanya Bulan Penghyatan Islam ini, dapat kita bersama-sama menghayati Islam ini secara keseluruhannya dan meningkatkan Iman serta Takwa bagi Muslim, serta melebihkan kefahaman sebenar tentang Islam bagi non-Muslim. Sekian nukilan buat kali ini.Wassalam

Saturday, January 30, 2010

Program-program Bulan Penghayatan Islam

BULAN PENGHAYATAN ISLAM
29/1/2010 sehingga 26/2/2010
Aktiviti-aktiviti:
>>Pertandingan Seni Khat<<
>>Pertandingan Azan<<
>>Kursus Jenazah<<
>>Pertandingan Khutbah<<
>>Pertandingan Syarahan<<
>>Terjemahan Jawi<<
>>Tilawah Al-Quran<<
>>Soal Jawab Agama<<
>>Nasyid<<
>>Kuiz Agama<<
>>Forum Perdana<<
>>Permainan AJK<<
>>Ceramah Maulidur Rasul<<
>>7 Perhentian<<
>>Pertandingan Hafazan<<
>>Malam GALA Bulan Penghayatan Islam<<
Aktiviti sepanjang bulan..
>>Pameran<<
>>Ilustrasi Komik<<
>>Cerpen<<
>>e-tamadun<<
>>Silangkata Jawi<<

Tuesday, January 5, 2010

PERBANDINGAN REMAJA MALAYSIA DAN PALESTIN

*Penulis:
Al Amin Bin Mohamed Sultan
B.Eng (Hons) Manufacturing Engineering (Manufacturing Management)

-dipetik dari iluvislam.com

Bukan setahun dua tetapi pencerobohan haram yahudi ke atas tanah orang Islam Palestin sejak 1948 telah mengubah secara keseluruhan landskap negara berdaulat yang disemai dengan kasih sayang serta menyimpan pelbagai nostalgia silam kini terdedah kezaliman dan penindasan yang berterusan. Sudah sekian lama tidak kelihatan ketenangan dan kedamaian tetapi dipenuhi dengan tangisan dan darah.

Malaysia, antara negara yang majoriti besar adalah umat yang beragama Islam yang semakin hari semakin peka dengan isu kemanusiaan di Palestin kerana dasar akidah dan tanggungjawab sebagai saudara seislam.

Walau apapun yang diperkatakan tiada yang dapat menafikan tunjang kebangkitan dan kekuatan kedua-dua negara ini adalah para remaja dan belia yang akan menjadi pelapis, pelindung dan penerus amanah dakwah dan kepemimpinan negara. Mereka inilah yang akan meneruskan ‘baton’ kepemimpinan mahupun perjuangan menentang kezaliman yang menjadi lubuk serangan pihak musuh.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...