Bismillahirrahmanirrahim.
Sollu'alan nabiy. Alhamdulillah wa syukurillah.
Sungguh dah lama blog ni tak diupdate. Niat ingin menulis ada tapi masih ada kekangan-kekangan lain yang menghalang.
1 je ayat yang aku nak share.
"Sekiranya belum terjumpa, usahla tercari, andai tertakdir insyaAllah terkahwin"
Jodoh ni kerja Allah. Usahla risau tentangnya. Allah tu Maha Hebat. Sampai masa nanti datanglah jodoh tu. Okey. Fullstop. Tu je.
Wallahua'lam.
Majlis Tindakan Dakwah KMK
Merintis Dakwah Islamiah di KMK
Monday, April 23, 2012
Saturday, February 11, 2012
Laksmana Sunan
Bismillahirrahmanirrahim
Korang pernah dengar nama Ramlee Awang Mursyid? Seriously karya beliau bagus. Terutamanya siri Laksmana Sunan. Okey. Aku cerita ikut kronologi.
| 1st novel |
Teringat dulu time aku baca novel ni kat asrama. Bila semua orang dah tido aku takut nak tido sebab teringat kat Nyi Burgalara (watak jahat). Ngeng je kan.
| 2nd Novel |
Ha. Yang ni sedih. Isteri Laksmana Sunan mati kene bunuh dengan mak angkat dia iaitu Maharani. Maharani ni jahat. Dia orang suruhan Taghut.
| 3rd Novel. |
Dalam novel ni. Laksmana Sunan pergi ke era 21. Time tu dia hampir terkahwin dengan Haryani. Haryani ni watak utama dalam Bagaikan Puteri.
| 4th Novel |
Kombinasi dalam novel kali ni agak menarik. Ada latar time Portugis serang Melaka. Selain tu, penulis memperkenalkan watak Maryam, seorang perempuan Portugis yang memeluk Islam.
| 5th Novel |
Cerita dalam ni combination of abad lampau dan abad 21. Time ni Taghut masuk Islam and mati. Indera, bangsa Polip plak still hidup dalam abad ni. Dia yang teruskan perjuangan Sunan.
The upcoming novel is Sunan Musafir. I can't wait that. Bila kaji balik semua novel ni, cara Islam diperluaskan sama macam Rasulullah mengembangkan Islam. Dalam sejarah Islam, Rom dan Parsi dapat dijajah oleh orang Islam pada zaman pemerintahan Salahuddin Al-Ayyubi. So, bagi sesiapa yang nak baca buku islamik yang ayatnya tak berapa berat, maka aku suggest these novels. Korang mesti banyak beristighfar, bertasbih, bertahmid dan berzikir time baca novel ni. Seriously best. No doubt!
Wallahua'lam.
P/S: Aku dah jumpa orang yang perwatakannya macam Laksmana Sunan. Kadang-kadang aku macam rasa yang beliau adalah Laksmana Sunan. Ngeng!
Labels:
Public Announcement
| Reactions: |
Kehidupan hakiki
Bismillahirrahmanirrahim
Sollu 'alan nabiy. Alhamdulillah. Dah lama aku tak menaip. Idea ada tapi lebih kepada malas nak menaip. Sungguhlah jadi kawan setan. Anyway, before everything get starts I just wanna tell you that what I'm gonna write, or what have been written here are all about the situations that happened around me. So, I would like to seek for your apologize if the points written here causing you feel unhappy or any emotional feeling.
Baru-baru ni ada somebody ni tanya aku.
"What do you understand about balancing both duniawi and ukhrawi?"
Honestly deep in my heart, I don't know how to answer this question precisely. Tapi pada pandangan aku firstly we have to look back tentang tujuan kita diciptakan. Apa tujuannya? Untuk beribadah kepada Allah. Itu tujuannya. Hayati betul-betul. Orang yang faham tentang hakikat penciptaan ni confirm akan bersungguh-sungguh untuk penuhi cita-cita ni. Sebab apa? Sebab dia tahu bahawa dia seorang hamba. Jadi untuk mendapatkan kasih sayang serta rahmat daripada Boss, dia haruslah bersungguh-sungguh atas apa yang diperintahkan olehNya. Make sense kan?
The second group is those people yang melupakan tujuan penciptaan dirinya. Dia menjadikan dunia ni as the first and last destination. Bukan setakat tu malahan dia juga berfikir bertunjangkan nafsunya. Maka dunia berlari menjauhinya sedangkan dia menggonggong mengejarnya.
These are the comparisons that are always made by soliheen. A tabi'in named 'Aun bin Abdullah said,"Suatu ketika dulu, orang-orang baik telah menulis dan menasihatkan tentang 3 perkara:
1. Sesiapa yang beramal untuk akhiratnya, maka Allah akan mencukupkan dunianya.
2. Sesiapa yang memperbaiki hubungan dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungannya dengan manusia.
3. Sesiapa yang memperbaiki batinnya, maka Allah akan memperbaiki lahiriahnya.
So, renungkanlah serta hayati nasihat ni. Orang yang membuang Allah dari hatinya pasti sunyi selama-lamanya sekalipun seisi dunia mendongaknya. Namun, orang yang meletakkan Allah di tempat paling istimewa di hatinya sentiasa meriah dengan rasa bahagia sekalipun dipinggir seisi dunia.
Kita kena ingat yang nilai bahagia ni bukan terletak pada seramai manusia di sekeliling dan sehebat mana material di samping kita. Hakikatnya semua tu akan luput pada masa yang ditetapkan. Tapi kebahagiaan ini bergantung kepada se"besar" mana Allah di hati kita.
Kehidupan seseorang bermula ketika dia mati. Fikirkan. Hayati serta amalkan.
Wallahua'lam.
Thursday, January 26, 2012
Kini Tinggallah Kenangan
Bismillahirrahmanirrahim
Terasa sebak di dada
Tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan
Abadi dalam ingatan
Kisah silam terbayang di mata
Teringat masa bersama
Kita tawa bergurau senda
Kini tiba saat berpisah
Hiba hati terasa gundah
Kini tinggallah kenangan
Yang tak mungkin di lupa
Semusim telah berlalu
Airmata mengiring restu
Rindu semakin menggamit. Sepi semakin menggigit.
Ya Allah tabahkanlah hati ini.
"Ya Rabbul 'Izzati, golongkanlah dia dalam kalangan solihin dan muttaqin."
Bayangannya sentiasa bersama. Aku rindu. Terima kasih ya Rabb memberiku peluang bersamanya.
Friday, December 16, 2011
Hudud Itu Complete
Bismillahirrahmanirrahim.
Nice!!!
Nice!!!
Friday, December 2, 2011
Am I Going to Die?

Monday, October 31, 2011
Hayati Quran? Malas!
Bismillahirrahmanirrahim
Korban!
Korban!
Korban!
Masaku tidak boleh dikorbankan untuk baca Al-Quran.
Masaku tidak boleh dikorbankan untuk hayati isi Al-Quran.
Kepada diriku yang kedekut, kau tengok insan dalam gambar ni. Tengok!

Korban!
Korban!
Korban!
Masaku tidak boleh dikorbankan untuk baca Al-Quran.
Masaku tidak boleh dikorbankan untuk hayati isi Al-Quran.
Kepada diriku yang kedekut, kau tengok insan dalam gambar ni. Tengok!

He is sick but he still read the Quran. We are healthy but do we read Quran?
Kasihan diriku. Kufur pada ni'mat yang Allah dah bagi. Badan sihat, otak cerdas, harta banyak, tapi nak buat ibadah malas.
Wahai diriku yang kedekut lagi hina, nak tunggu bila lagi untuk berubah macam insan ni?
Tunggu dah jadi mayat? Ruginya.
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Surah Ar-Rahman: Ayat 16).
Think...
Subscribe to:
Posts (Atom)