Tuesday, May 28, 2013

Cerita Bingung

Bismillahirrahmanirrahim 

Sollu 'alan nabiey. Hamdillah wa syukurillah.

Hari itu adalah hari Sabtu. Ya. Secara umumnya hari Sabtu sungguh membahagiakan terutamanya bagi pelajar university seperti aku. Melangkah kaki keluar bilik, terserempak aku dengan housemate. Dia berbangsa India tetapi beragama kristian.

Kerusi di ruang tamu ditarik lalu kududuk berhadapan dengannya. Kukira bahasaku agak formal. Tak mengapa. Si dia masih khusyuk mengupas bawang.

“Masak ke deng?”. Aku memecah kesunyian.

“Ha’ah. Perut pun sudah lapar”. Biasanya itulah dialog yang diutarakan.

“Masak apa?”. Typical question.

“Kari kacang dal.”

“Eh, mana roommate awak? Pukul berapa dia balik malam tadi?”, soalku memanjangkan bicara.

“Entahlah. Pagi-pagi dah hilang. Orang ada boyfriend. Macam tu la. Lewat jugak. Dalam pukul 1 lebih”.

“Awak nanti jangan macam tu. Kita ni perempuan. Kena pandai jaga diri”. Ballighu ‘anni walau ayah. Ek?

“Ya la. Saya pun tak suka macam tu. Kalau boyfriend saya nak pegang tangan pun saya tak bagi”.

“Eh! Sesungguhnya awak hebat. Teruskan usaha itu”. Jawapan yang macam kurang membina.

“Semalam awak pergi kuil buat apa? Bukan awak ni agama kristian ke?” soalku lagi.

“Saje je teman kawan saya pergi sana. Nanti lain kali kalau saya pergi kuil saya nak jadi penyayi kat kuil tu”.

“Wah! Keyakinan itu perlu. Boleh eh nak nyanyi?”. Tanyaku sambil ketawa. Dia pun tertawa sama.

“Boleh. Senang saja. Ambil mic, kemudian nyanyi”. Kami ketawa lagi.

“Kenapa awak tak masuk je agama Hindu?” soalku.

“Itulah. Saya pun pernah terfikir tentang ni. Saya ada cakap dengan boyfriend saya kalau dia tak nak tukar agama maka hubungan kami ended”. Tegasnya. Boyfriend si dia adalah seorang hindu.

“Sampai macam tu sekali?”

“Mestilah. It’s difficult for me to shift from my God to the other God. Dari kecil pun saya macam ni. Saya tak boleh ubah”. Dia bercerita dengan penuh bersemangat.

“Ouh. Tuhan dalam agama Hindu tu macam mana dan Tuhan dalam agama kristian tu macam mana?”

“Kalau dalam agama hindu tu ada Tuhan yang melindungi kita dari kejahatan. Dia pakai kot besar warna hitam and lidahnya terjilir keluar sampai anak tekak”.

“Eh, seram tu. Nasib baik awak bukan macam tu. Kalau tak sama-sama menyeramkan.” Kami ketawa.

“Ada jugak tuhan-tuhan lain.”

“Banyaknya tuhan. Kalau macam tu tuhan yang macam tu tak cukup power la kan?” Tanyaku sambil tertawa.

“Haha. Saya pun tak tau. Tapi bagi saya semua agama pun sama. Dalam semua agama ada Adam, Hawa dan yang lain-lain.”

“Ish. Takkan sama agama kami dengan agama lain. Kami memang ada Adam tapi Nabi Adam tu utusan. Bukan Tuhan. Sama juga macam Nabi Muhammad dan Nabi Isa. Beza tu”.

“Ouh. Yakah? Maksudnya Adam tu bukan Tuhan? Selama ni saya ingat Adam tu Tuhan.” Dia menambah.

“Ya. Adam bukan Tuhan. Tapi Tuhan mengutuskan Nabi Adam sebagai nabi kepada umatnya. Nabi Adam, Nabi Isa dan Nabi Muhammad semuanya adalah manusia tetapi mereka diutuskan sebagai nabi. pembawa kebenaran. Mereka tidak disembah tapi mereka menunjukkan jalan yang benar.”

“Okey. Tuhan dalam agama awak pula macam mana?”, soalku bersahaja.

“Em. Kalau dalam agama kami ada Jesus, Mother of Jesus, Holy spin and God”. Terangnya lagi.

“Banyak juga tu. Saya confused. Awak kata tadi ada God tapi dalam masa yang sama awak sembah Jesus. Macam mana tu? Awak kata tuhan awak satu tapi dalam masa yang sama terbahagi kepada tiga. Mana satu yang betul? Awak tak rasa confuse?”, tanyaku sambil berseloroh.

“Jesus tu anak God. Mother of Jesus yang lahirkan Jesus. God hantar anak dia sendiri untuk tanggung semua dosa manusia sebab kita semua ni berdosa.”

“Jadi kenapa sembah Jesus? Awak kata Jesus tu bukan Tuhan. Siapa yang Tuhan sebenarnya ni? Is it confusing?”. Kelihatannya dia menggaru-garu kepala.

“Tak. Macam ni. God tu ayah Jesus. Jesus tu sebagai perantara dan penebus dosa. Mother of Jesus pula mak Jesus. Dia lahirkan Jesus tanpa sebarang perhubungan. God hantar Jibril sebagai perantara.” Terangnya dengan bersungguh-sungguh.

“Maksudnya God ada anak? Dan anaknya itu adalah Jesus?”.

“Ya. Benar. Macam tu la”.

“Jadi kalau macam tu apa beza awak dengan Tuhan awak? Apa beza Tuhan tu dengan manusia? Kalau manusia boleh beranak, dan Tuhan juga mempunyai anak, maka apa bezanya?”. Dia mulai berfikir.

“Lepas ni kalau awak dah ada anak, awak pun boleh jadi Tuhan la? Ke macam mana? Confuse bukan?”

“Saya tak tahu. Saya tak tahu. Dalam agama kami memang ada diajar tentang larangan mencuri dan sebagainya tetapi dalam hal sebegini kami tidak dibenarkan untuk bertanya. Kami hanya disuruh menerima”.

“Jadi awak nampak tak perbezaan antara agama Islam, Hindu dan Kristian? Tuhan kami hanya satu iaitu Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Dia itu tidak dicipta tetapi menciptakan. Tuhan itu tidak beranak dan tidak diperanakkan. Barulah ada beza antara Tuhan dan manusia. Tak membingungkan bukan?”. Dia kelihatan mengangguk.

Kusambung lagi.

“Awak kena faham maksud God itu sendiri. God itu kewujudannya tiada permulaan dan pengakhiran. Kalau awak kata agama Islam dan agama lain sama, maka itu tak benar. Kami tidak menyembah manusia tapi agama awak menyembah manusia. Kami mengatakan Tuhan itu tidak mempunyai anak kerana Tuhan bukan makhluk, tapi awak kata Tuhan itu ada anak yang namanya Jesus. Jadi agama awak menyamakan Tuhan dengan makhluk. Kalau macam tu tak mustahil awak pun boleh jadi tuhan.” Terangku lagi.

“Saya pun confuse tentang ni. Kadang-kadang saya tertanya-tanya juga tapi bila saya tanya pakcik saya, dia akan marah”. Jelasnya sambil menunjukkan kebuntuan.

“Itulah gunanya akal yang Tuhan bagi. Gunakan sebaiknya. Dalam agam Islam memang ada diceritakan tentang nabi Isa, Mother of Jesus dan sebagainya. Tetapi cerita kami berbeza. Tidak sama seperti cerita kalian. Nak dengar yang versi Islam punya?” soalku sambil tersenyum.

“Nak. Nak. Nak”, jawabnya teruja.

Lantas dikisahkan kepadanya kisah Nabi Isa dan Maryam. Sepanjang penceritaan berlaku dia hanya diam sambil mengupas kentang. Minatnya sudah ada. Moga hidayah itu dicampak ke dalam hatinya. Ku berdoa dalam diam.

“Sekarang awak nampak perbezaannya? Jesus itu bukan Tuhan. Tapi Allah itulah Tuhan yang Satu. Doktrin yang diterapkan dalam agama awak membingungkan. Awak tak rasa macam tu?”

“Ya. Saya rasa macam tu jugak. Bab ni memang membingungkan. Tak apa. Balik nanti saya nak tanya parents saya.”

“Bagus tu. Nanti dah dapat jawapan bagitahu pada akak. Nak tau jugak. Tapi rasanya parents awak pun akan confuse. Ngee. Kadang-kadang kita tak boleh taklid melulu. Maksudnya ikut sesuatu perbuatan tanpa tahu dasarnya. Setiap sesuatu harus didasari dengan ilmu. Keluarlah dari kepompong yang membingungkan.”

Kutersenyum. Dia juga begitu. Bukan sengaja ingin kutimbulkan provocation. Tapi at least aku cuba untuk menyedarkan. Andai kata sayang, maka buktikan. Andai kata cinta, maka selamatkan. Biarlah fikirannya bercelaru. Bingung. Semoga dengannya dia akan lebih tekun mencari. Gigih mengenali jalan yang hakiki. Harapanku satu. Semoga dia dipertemukan dengan Rabnya dalam keadaan yang diredhai. Amin.

Wallahua’lam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...