Tuesday, October 9, 2012

Give Our Hand

Bismillahirrahmanirrahim

Hamdillah wa syukurillah. Sollu 'alan nabiey.


Faiz Sahlan Charity Fund (8 - 19 hb Oktober 2012)


Kempen Faiz Sahlan Charity Fund (FSCF) ini digerakkan atas dasar keprihatinan beberapa orang sahabat karib Faiz Sahlan. Kempen berbentuk 'fund raising' ini bertujuan untuk meringankan beban kos rawatan yang ditanggung. Terbuka kepada warga UNIMAS atau bukan warga UNIMAS. Semoga kebaikan kita dapat membantu beliau.


-Bantuan anda kini boleh disalurkan melalui

1) terus kepada ayah beliau: Encik Sahlan Bin jahari: 013-8547337
2) Pengarah FSCF: Zahidi Zakaria: 0134091979

3) akaun RHB: 16241 0000 2979 0 Haris Sharim: 010 5912309

-Pegawai audit bagi kempen 'fund raising' ini:
Encik Mohd Azrin bin Mohd. Said: Gr-Engr Mohd Azrin,
Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan UNIMAS
**Update kutipan akan kami post di Fb stiap malam mulai 9hb oktober 2012

4) kami juga akan mengerakkan tabung kutipan di setiap kolej sekitar UNIMAS termasuk di kolej perubatan kampus Kuching.

Kami akan 'publish'kan senarai beberapa orang sukarelawan kami, bagi memudahkan anda menyalurkan bantuan dlm jngka masa terdekat.

Yang benar:
Mohamad Abid Kamaruzzaman, Setiausaha FSCF &
Amirulhasan Mat Sulaiman, Bendahari FSCF 





Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi admin,

*iman (013-4601443)

Wallahua'lam

Friday, October 5, 2012

Silence Talk

Bismillahirrahmanirrahim

Sollu 'alan nabiy. Hamdillah wa syukurillah.

It's been a long time I didn't write. Ini tak bagus untuk minda. Menjadikan aku untuk malas berfikir. Bukan tak mahu menulis tetapi agak kemalasan serta ada tugasan lain yang menghalang. Alasan lagi.

Umur bukan semakin panjang. Tetapi semakin pendek. Jadi, pernah tak terfikir tentang nikmat yang satu ni? Yeah. Apa yang kita dah buat? Diberkati? Hari ini mungkin 21 tahun. 63 tolak 21. Em. 42 tahun lagi boleh hidup. Pasti? Ajal itu tak pernah buat sesi perkenalan diri. Bersediakah?

I'm not willing to write a long post. This is just a simple post. Sometimes pictures talk better than human being. Let's see, screw, chew, think and do. Seeing only is nothing but seeing with thinking will surely give us a big impact in our life. Here it goes.















Lalu saya bertanya lagi “Lalu mengapa agama yang sedemikian hebat malah terpuruk, menjadi pesakitan, hina dan menghinakan dirinya sendiri?”. Dengan tersenyum dan penuh ketenangan ustadz muda itu menjawab “Islam tidak sama dengan Muslim. Islam sempurna, mulia dan tinggi, tidak ada satupun yang tidak bisa dijelaskan dan dijawab dalam Islam. Muslim akan mulia, tinggi juga hebat. Dengan satu syarat, mereka mengambil Islam secara kaffah (sempurna) dalam kehidupan mereka”
 
Kan ada ayat dalam al-quran tu bunyinya lebih kurang macam ni, masuklah kamu dalam agama Islam sepenuhnya. Bukan ¼, ½ ataupun ¾ tapi 4/4=1
 
Wallahua'lam.

Sunday, June 3, 2012

Memori Sepi

Bismillahirrahmanirrahim

Sollu 'alan nabiy. Hamdillah wa syukurillah.

Di sini ku teruskan langkah. Terus menggapai cita-cita melangit. Tidak terasa 7 jam lamanya bermusafir bersama angin gersang. Sungguh kenangan lalu terus menerjah. Membawa sepi sekeping hati kembali meneroka memori-memori lampau. Ya Allah ya Ilahi, rindu itu adakalanya indah dan manis tapi bersisa juga pahitnya bukan sekejap cuma tapi berbekas di hati.

Di hari permulaan...


Ku tidak mengenali. Tidak jua mengerti. Mencari-cari dan menafsir hati. Perjalanan terus bermula. Ku semakin mengorak langkah bersama bebanan indah. Berkenalan dan bersapa mesra. Dalam indah berkenalan, rupanya Allah itu Maha Adil. Diselangkannya dengan pengubat hati jiwa yang lara lantas meneguhkan lagi iman di dada bersama sabar yang terus dipasak.

Dipertemukan dengan dia : Tikah, Ct and Gee. Kalian mencorak kenangan indah dalam hidupku.

Kepada si dia yang mengerti : Farahin Ahmad. Hadirmu mengubat kedukaan di jiwa.

Hati tertaut: Sakinah Radzuan. Sometimes I do not know how to spill. Always. Barakillah.

Kehadiran kalian: Kak Umi and Kak Ira. I owe you big time kak umi. Rashes. That memory cannot be diminished. 

Persahabatan ini terus terpatri : Thirah and Fatin Nadia. Together we grown up. Indah. 

Kadang-kadang kenakalan adalah resmi tautan ukhuwwah : Midah, Epi, Peanut, Chikin. Kau ceria hati berduka. Bersama dikongsi jiwa yang terluka. Kenakalan yang memupuk jema'ah ke masjid.

Tempat ini mencatat seinfiniti kenangan yang mana mungkin dapat kulupakan. Adakalanya terdengar bisikan-bisikan indah alunan azan. Dikala senja menghampar, jiwa terus diulit pilu yang berbekas. Sungguh ia destinasi sepi yang berkata. Ingin kuluah, ingin kulontar. Ustaz Azlan. Juma'at. Zikir Munajat. Gotong-royong. Allahumma inni 'auzubika minal hammi wal hazan. Ingin sekali kujejakkan langkah ke sini.


Di sini persahabatan tertaut. Di sini si dia memujuk. Di sini perkenalan terbina. Bangunan ini mungkin nampak lesu. Sekadar bangunan tembok batu. Tapi di sinilah dzouq ukhuwwah fillah terjalin. Maha Suci Allah yang mempertemukan mereka di sini.

Syahidah. Kunjunganmu ke bumi seberang merungkai sebuah kerinduan. Jazakillah kheir. Cik Dal, Tiha, Iqa, Teha, Fiza, Sakinah dan sebagainya. Kalian terlalu bermakna dalam hidupku.

MTD...
Sukar untuk kugambarkan dirimu. Di sini kubelajar. Terus mengorak langkah mengangkat wahdah islamiyyah. Al islamu yu'la wa la yu'la 'alaih.

MTD dan Masjid Khulafa' Ar-Rasyidin,
Kau temukan aku dengan insan ini Ya Rabbul Izzati.
Nihal : Di saat kujatuh kau menerpa. Peristiwa itu kembali berlayar. Menitis air mata tatkala terpaut ikatan mahabbah.

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Ma'akum najah fid dunya wal akhirah ya ashabal kirom..

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan
Sahabat yang paling baik adalah
Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan
Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri
Bergaullah dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu
Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemsesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan
Secebis halawah buatmu teman.



Hati yang merintih sepi. Puputan bayu meninggalkan seribu gundah bersama memori-memori silam. Mutiara itu jatuh buat kian kalinya. Biarkan. Bicaraku tidak indah. Tidak juga kupandai bermadah. Apa yang kuharapkan ukhuwwah yang terjalin itu tak terkubur lesu di ingatan.

Kepada yang mencari FB, di sini ingin ku khabarkan. Tidak pernah kumemilikinya melainkan sebuah Sonny Ericsson sebagai penyambung ikatan. Ku memohon seinfiniti kemaafan andai kehadiran mesej-mesejku mengganggu kalian. Terima kasih teman.

Wallahua'lam.

Monday, April 23, 2012

Drop by?

Bismillahirrahmanirrahim.

Sollu'alan nabiy. Alhamdulillah wa syukurillah.

Sungguh dah lama blog ni tak diupdate. Niat ingin menulis ada tapi masih ada kekangan-kekangan lain yang menghalang.

1 je ayat yang aku nak share.


"Sekiranya belum terjumpa, usahla tercari, andai tertakdir insyaAllah terkahwin"

Jodoh ni kerja Allah. Usahla risau tentangnya. Allah tu Maha Hebat. Sampai masa nanti datanglah jodoh tu. Okey. Fullstop. Tu je.

Wallahua'lam.

Saturday, February 11, 2012

Laksmana Sunan

Bismillahirrahmanirrahim

Korang pernah dengar nama Ramlee Awang Mursyid? Seriously karya beliau bagus. Terutamanya siri Laksmana Sunan. Okey. Aku cerita ikut kronologi.

1st novel
Teringat dulu time aku baca novel ni kat asrama. Bila semua orang dah tido aku takut nak tido sebab teringat kat Nyi Burgalara (watak jahat). Ngeng je kan.

2nd Novel
Ha. Yang ni sedih. Isteri Laksmana Sunan mati kene bunuh dengan mak angkat dia iaitu Maharani. Maharani ni jahat. Dia orang suruhan Taghut.

3rd Novel.
Dalam novel ni. Laksmana Sunan pergi ke era 21. Time tu dia hampir terkahwin dengan Haryani. Haryani ni watak utama dalam Bagaikan Puteri.

4th Novel
Kombinasi dalam novel kali ni agak menarik. Ada latar time Portugis serang Melaka. Selain tu, penulis memperkenalkan watak Maryam, seorang perempuan Portugis yang memeluk Islam.

5th Novel
Cerita dalam ni combination of abad lampau dan abad 21. Time ni Taghut masuk Islam and mati. Indera, bangsa Polip plak still hidup dalam abad ni. Dia yang teruskan perjuangan Sunan.

The upcoming novel is Sunan Musafir. I can't wait that. Bila kaji balik semua novel ni, cara Islam diperluaskan sama macam Rasulullah mengembangkan Islam. Dalam sejarah Islam, Rom dan Parsi dapat dijajah oleh orang Islam pada zaman pemerintahan Salahuddin Al-Ayyubi. So, bagi sesiapa yang nak baca buku islamik yang ayatnya tak berapa berat, maka aku suggest these novels. Korang mesti banyak beristighfar, bertasbih, bertahmid dan berzikir time baca novel ni. Seriously best. No doubt!

Wallahua'lam.

P/S: Aku dah jumpa orang yang perwatakannya macam Laksmana Sunan. Kadang-kadang aku macam rasa yang beliau adalah Laksmana Sunan. Ngeng!

Kehidupan hakiki

Bismillahirrahmanirrahim

Sollu 'alan nabiy. Alhamdulillah. Dah lama aku tak menaip. Idea ada tapi lebih kepada malas nak menaip. Sungguhlah jadi kawan setan. Anyway, before everything get starts I just wanna tell you that what I'm gonna write, or what have been written here are all about the situations that happened around me. So, I would like to seek for your apologize if the points written here causing you feel unhappy or any emotional feeling.

Baru-baru ni ada somebody ni tanya aku.
"What do you understand about balancing both duniawi and ukhrawi?"

Honestly deep in my heart, I don't know how to answer this question precisely. Tapi pada pandangan aku firstly we have to look back tentang tujuan kita diciptakan. Apa tujuannya? Untuk beribadah kepada Allah. Itu tujuannya. Hayati betul-betul. Orang yang faham tentang hakikat penciptaan ni confirm akan bersungguh-sungguh untuk penuhi cita-cita ni. Sebab apa? Sebab dia tahu bahawa dia seorang hamba. Jadi untuk mendapatkan kasih sayang serta rahmat daripada Boss, dia haruslah bersungguh-sungguh atas apa yang diperintahkan olehNya. Make sense kan?

The second group is those people yang melupakan tujuan penciptaan dirinya. Dia menjadikan dunia ni as the first and last destination. Bukan setakat tu malahan dia juga berfikir bertunjangkan nafsunya. Maka dunia berlari menjauhinya sedangkan dia menggonggong mengejarnya.

These are the comparisons that are always made by soliheen. A tabi'in named 'Aun bin Abdullah said,"Suatu ketika dulu, orang-orang baik telah menulis dan menasihatkan tentang 3 perkara:

1. Sesiapa yang beramal untuk akhiratnya, maka Allah akan mencukupkan dunianya.
2. Sesiapa yang memperbaiki hubungan dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungannya dengan manusia.
3. Sesiapa yang memperbaiki batinnya, maka Allah akan memperbaiki lahiriahnya.

So, renungkanlah serta hayati nasihat ni. Orang yang membuang Allah dari hatinya pasti sunyi selama-lamanya sekalipun seisi dunia mendongaknya. Namun, orang yang meletakkan Allah di tempat paling istimewa di hatinya sentiasa meriah dengan rasa bahagia sekalipun dipinggir seisi dunia.

Kita kena ingat yang nilai bahagia ni bukan terletak pada seramai manusia di sekeliling dan sehebat mana material di samping kita. Hakikatnya semua tu akan luput pada masa yang ditetapkan. Tapi kebahagiaan ini bergantung kepada se"besar" mana Allah di hati kita.

Kehidupan seseorang bermula ketika dia mati. Fikirkan. Hayati serta amalkan. 

Wallahua'lam.

Thursday, January 26, 2012

Kini Tinggallah Kenangan

Bismillahirrahmanirrahim



Terasa sebak di dada
Tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan
Abadi dalam ingatan
Kisah silam terbayang di mata
Teringat masa bersama

Kita tawa bergurau senda
Kini tiba saat berpisah
Hiba hati terasa gundah
Kini tinggallah kenangan
Yang tak mungkin di lupa
Semusim telah berlalu
Airmata mengiring restu



Rindu semakin menggamit. Sepi semakin menggigit.
Ya Allah tabahkanlah hati ini.
"Ya Rabbul 'Izzati, golongkanlah dia dalam kalangan solihin dan muttaqin."

Bayangannya sentiasa bersama. Aku rindu. Terima kasih ya Rabb memberiku peluang bersamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...