Tuesday, December 28, 2010

Bila Hati Mula Berbicara

Denai-denai ini penuh berduri..
Mampukah aku terus berdiri..
Bersama sepi yang melanda diri..
Angin itu terus berbicara tanpa mengenal erti..
Sebuah kehidupan..
Hembusan terus-menerus dihembus..
Tiada wajah kekesalan dipamerkan..
Yang ada hanya belaian keikhlasan..


Aku terkapai-kapai sendirian. Mencari sisa-sisa kehidupan yang masih setia bermastautin di alam ini. Langkah-langkah perjalanan diorak perlahan sejajar dengan mentari yang kian melabuhkan tirainya. Beginilah kehidupan manusia. Ada yang baru ingin pulang ke tempatnya. Ada yang sudah lama bersedia untuk menghadapkan wajahnya. Menyembah sujud di depan Sang Pencipta.


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir
Menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang kapal dan
Layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik pulang ke pengkalan


Kenapa mesti begini? Sedangkan MoU yang telah kita metrai dengan Dia amat jelas. Tujuan hidup ini adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya. Dengan angkuhnya kita berjanji denganNya. Namun hasilnya?


“Dunia ini aku yang punya.”
Angkuhnya. Ni mesti ada genetic Fir’aun kan. Nak cipta sebutir beras pun tak mampu inikan pula dunia sebesar alam ni. Hebat! Hebat dalam keangkuhan. Tapi bila Allah cubit sikit bulu kaki terus je nak melatah. Time ni la baru nak kata “Oh Tuhan! Ampunkan aku”. Memang macam Fir’aun. Mula-mula bongkak, angkuh dan berlagak untuk mengaku bahawa dirinya adalah Tuhan. Mengapa? Kerana dia tak pernah sakit selama hidupnya. Lantas dia mengaku bahawa dialah tuhan semesta alam ini. Namun, apabila laut mati membuka tangannya, menjemput Fir’aun dan bala tenteranya dengan satu jemputan yang boleh dikategorikan sebagai 1st class invitation, mereka pula yang terkapai-kapai, melolong-lolong meminta tolong kepada Tuhan Yang Esa. Apabila makhluk yang mengaku bahawa dirinya adalah Tuhan, kemudian meminta tolong kepada Yang Maha Esa, adakah dirinya wajar dikategorikan sebagai Tuhan sedangkan kuasa yang ada pada dirinya amat terhad sampai terpaksa meminta tolong untuk menyelamatkan dirinya daripada terus menjadi bahan hadaman Sang Laut nan luas? Maka ketika itu terdengarlah rintihan sayu merdu si Angkuh bongkak lagi sombong.

“ya Allah, sesungguhnya aku mengaku bahawa Engkaulah Tuhan Yang Maha Esa. Engkaulah Tuhan yang telah menciptakan aku maka hanya Engkaulah Tuhan yang wajib disembah lagi dianuti.”

Tapi Allah jawab,

“the end, fir’aun.”

Tu pun hanya sekuman je yang sedar. Adalah sikit kesedaran tu. Bukankah Allah telah berfirman dalam kitabNya,

"Maha Suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (Al-Mulk: ayat 1-2)


“Nantilah. Hidup panjang lagi.”

Orang macam ni tak tau la nak kata macam mana. Mana dia tahu hidup panjang lagi? Alat doraemon pun tak ada yang boleh tahu jangka hayat manusia tu berapa lama. Hidup panjang lagi..tak pasal-pasal nak tarik nafas sekarang ni pun tak sempat sebab Yang Maha Kuasa tu dah tackle dulu oxygen yang nak masuk ke dalam hidung tu. Nak jawab macam mana ni? Tak boleh nak jawab sebab dah mati. Tapi Allah dah jelaskan dalam firmanNya. Semua makhluk akan mati. Die. Yamuut. Samalah jugak macam semut, cacing, lintah, harimau dan sebagainya. Hatta barang-barang harian sekalipun ada expired date. Bila masanya? Kat mana tempatnya? Dalam keadaan apa? Itu semua kerja Tuhan.

"...Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok. Dan tidak ada seorang pun yang mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Luqman: ayat 34)
Kerja kita ialah beribadah. Beribadah. Beribadah libtighai mardhatillah. Beribadah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tak payah sibuk-sibuk nak jadi pak sanggup atau minah sanggup ambil tempat kerja Tuhan ni. Kuasa Tuhan tu berlipat ganda hebatnya. Kut Dia jentik sikit je jantung kita sebab jawapan hebat tadi, mau heart attack jadinya. Mati terkejut! Serangan jantung! Nak mohon taubat pun tak sempat. Nauzubillah min dzalik. So, skema jawapan “nantilah, hidup panjang lagi” tu tak boleh nak diterima pakai. Buang jauh-jauh sebab jawapan tu InsyaAllah malaikat maut confirm reject.



“Tuhan tak bagi hidayah lagi. Nak bertaubat macm mana? sabar jela tunggu hidayah tu. Sabar kan separuh daripada iman.”

Alasan species apa ni? Aduhai manusia. Darling..sebenarnya bukan Tuhan tak nak bagi hidayah tu tapi kita ni yang hidung tinggi sangat. Tinggi sangat dabik dada. Bukan semua benda kat dunia ni free. Nak masuk toilet pun bayar la. Paling murah 20 sen. Macam tu jugak hidayah. Nak hidayah kena mintak. Macam mana? Doa. Ingat! Doa tu wireless and coverage dia meliputi seluruh universe. No limit. Hidayah tak datang sendiri. Yeah, Allah itu Maha Penyayang. Buktinya Dia kurniakan rezeki walaupun ada yang tak beriman kepadaNya. Allah juga Maha Pengasih. Apa buktinya? Dia memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya dengan syarat si dia memohon hidayah tersebut kepadaNya. Barulah Allah nak bagi. Ini tak. Tunggulah sampai musang berjanggut pun kalau tak mintak hidayah tu memang Allah tak akan bagi. Apa salahnya lepas solat angkat tangan mohon doa.

“Robbi, masukkanlah hidayah dalam diri ni. Saya rasa macam dah jadi kawan baik setan la. Sekarang ni nak clash dengan dia. Tolonglah..”

Tak pun..

“Robbi, Engkaukan Maha Pengasih lagi Penyayang. Apa kata Engkau bagi hidayah kat aku? Nak jadi baiklah.”

Tak pun..

“wahai Allah, nak hidayah boleh? Nak jadi baiklah.”

Simple kan.

Mesti Allah terharu and cakap,

"aduhai sejuk tengok budak ni. Jap ye. Aha! Ni dia hidayah untuk awak. Nanti jumpa kat syurga eh.”

Ni bukan cerita dongeng. Kan dalam al-quran Allah dah jelaskan. Mohonlah atau berdoalah kepadaNya niscaya Allah akan tunaikan. Bezanya cepat atau lambat je Allah nak tunaikan apa yang kita mintak. Macam tu juga halnya dengan hidayah. Jangan kita sombong sangat sampai tak nak memohon pertolongan daripadaNya. Bukankah dalam kitabNya Dia ada berfirman,

“Dan Tuhan telah berfirman: mohonlah kepadaKu niscaya akan Kuperkenankan bagimu!” (Ghafir: ayat 60)

Allah dah bagi jaminan ni. Tinggal kita je yang nak berdoa atau tak nak. Tapi part yang “jumpa kat syurga eh” tu macam mana pulak?

Yang ni pun ada dijelaskan dalam al-quran. Orang yang masuk syurga tu orang yang mendapat hidayah. Bila hidayah tu ada dalam diri insyaAllah diri ni akan terbimbing dan akan terhindar daripada maksiat. Fikirlah consequence seterusnya. Fahamkan?



“Rilex la. Malam masih muda.”

Premise 1: malam masih muda.
Premise 2: bumi makin tua.
(manusia pun makin tua. Yang Nampak makin muda tu mesti kawan dengan botox. Tak pun susuk. Tapi umur tetap makin tua).
Conlusion: Tanya akal la.

Mana boleh nak rilex. Tujuan kita diciptakan ni bukan untuk rilex. Nak hidup senang-lenang goyang kaki, tak nak buat ibadah boleh. Tapi kena cipta dunia sendiri. Itu pun sekiranya mampu. Siapa yang cakap mampu tu confirm menipu. Tak perlu tunggu mak ayah, mak terangkat, ayah terangkat and segala makhluk yang terangkat, kawan baik, boyfriends, girlfriends buat dulu if nak buat something yang baik.

Pakej A
Ciri-ciri: orang baik.
Ganjaran: pahala.
Destinasi: syurga.

Pakej B
Ciri: orang jahat.
Ganjaran: dosa.
Destinasi: neraka.

Janganlah asyik nak bermukim dalam alasan “rilex la. Malam masih muda”. Sekali Allah turunkan bala malam tu juga, tua terus malam tu. Jomlah kita pindah and bermastautin kat tempat lain pulak. Tempat yang ada “ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambaMu ini. Bimbinglah hambaMu ini ke jalan yang lurus. Jalan yang Engkau redhai dan rahmati. Kurniakanlah taufiq dan hidayahMu kepadaku untuk terus menyelusuri ranjau-ranjau kehidupan yang Engkau telah ciptakan ini. Engkau pun tahu bahawa hidup dan matiku ini adalah atas kekuasaanMu”. Change for good is not a crime.

Apa lagi?
Ouh! Lupa. Skema jawapa yang ni ramai yang selalu gunakannya.


“Nanti-nantilah. Agak-agak dah berumur nanti saya taubat. Biasanya seru ni sampai bila kita dah berumur.”

Confirm ke? Manusia ni memang sesungguhnya banyak alasan. Nanti bila dah berumur bagi alasan lain pulak.
“tulang da reput la. Dulu muda-muda tak minum sangat anlene. Solat tu memang terdetik nak buat. Tapi takut becerai pulak tulang ni”.

Malaikat pun jawab,

“tak pe. Nanti aku tolong ceraikan kat alam kubur. Ingat ya janji kita”.

Yang lain..

“tak larat nak bangun. Kaki ni selalu je sengal-sengal. Lenguh-lenguh. Lagipun bukan dapat apa-apa bila solat. Kaki makin lenguh adalah”.

Aduhai..bila suruh terkinja-kinja kat disco tak pernah pulak kaki tu nak sengal-sengal. Lenguh? Mestilah tak. Padahal jika nak dibandingkan pergerakan dalam terkinja-kinja dengan solat uh perbezaannya macam kuman dengan gajah. Tapi tu la. Manusia ni bila masuk part bagi alasan memang superb.

Allah pun akan jawab,

“lenguh ya? Sengal-sengal ya? Tak mengapa. Bila dah dalam api neraka sengal-sengal dan lenguh-lenguh dah tak de.”

Nak ke Allah bagi jawapan kat kita macam tu?

Yang lain..

“nanti bila I dah tua, I pergilah haji. Time tu I bertaubat mohon ampun kat Allah. Masa muda ni enjoy dulu!”

Yakinnya. Jika difikirkan mengikut logic akal, setiap makhluk itu apabila semakin tua umurnya semakin lemah kudratnya. Nak buat ibadah pun agak terbatas. Waktu muda ni la nak buat ibadah. Muscles pun masih berketul-ketul. Badan pun tough je. Bukan nak kata orang yang dah berumur tu tak boleh nak beribadah ataupun tak mampu nak beribadah. Ada je orang yang dah berumur ni ibadahnya lebih bagus daripada orang yang masih muda. Lagi mantap! Tapi orang muda itu kudratnya lebih kuat. Haji. Ingat senang ke nak pergi haji? Yakinkah bila dah tua nanti kita akan dapat haji mabrur? Kehidupan ini banyak percaturannya. Angkuh dan sombong itu merupakan sifat syaitan. Begitu juga sikap bertangguh. Tapi seandainya diri dah berhasrat nak jadi sekutu setan, teruskanlah. Nanti jadi bahan api neraka pun sama-sama. Fair and square.

Wahai makhluk-makhluk yang sespesis denganku. Marilah kita sama-sama menggunakan akal dan juga hati kita untuk sama-sama berhijrah ke arah keredhaanya. Bukak mata, mata hati, telinga dan akal fikiran kita. Selagi hayat ni Allah tak cabut lagi, marilah menunaikan perintahNya. Tinggalkan laranganNya. Love Letter Dia dah bagi. Panduan pun Rasulullah dah kirim. Tinggal kita je yang nak ikut. Nak berubah or tak nak? It is all up to you. Choices are in your hand. Live hell or well, I choose, you choose, we choose.



"Kubur lain-lain beb!"

Senang je bagi alasan macam ni. Kubur memanglah lain-lain tapi tempias dosa tu kena juga kat orang lain. Ibu bapa, teman rapat dan sebagainya.

“wahai si fulan, kenapa anak ini jadi mat rempit? Bukankah anak ini adalah amanahmu? Bukankah aku telah mengamanahkan kepadamu untuk menjadikan anak ini hamba yang mengabdikan dirinya kepadaKu? Hamba yang menjalankan perintahKu dan meninggalkan laranganKu? Tapi kau telah memungkiri janjimu. Ketahuilah bahawa neraka telah kusediakan untukmu!”

Wahai ibu bapa, mak ayah, bonda ayahanda sekalian.. ketahuilah bahawa anak-anak kalian adalah amanah Allah. Kalianlah yang mencorakkan diri anak-anak kalian kerana secara fitrahnya anak-anak yang baru dilahirkan itu suci bersih. Didiklah anak kalian sebaik mungkin. Kukuhkan pemahamannya tentang agama. Kenalkan dia dengan Penciptanya. Ajari dia perintah-perintah dan larangan Yang Maha Esa.

Tapi ni bukan alasan kepada si anak untuk terus mberikan alasan “kubur lain-lain beb!”

Ingat kita ni boleh suka-suki hidup kat dunia and berlagak macam dunia ni aku yang punya lepas tu cakap kubur lain-lain bila ada orang bagi teguran? Aduhai, sungguh kasihanlah diri kita seandainya kita berfikiran begini. Maybe kita lupa akta yang Allah dah tetapkan dalam a-lquran bahawasanya setiap yang mati itu akan disoal siasat oleh munkar dan nakir.

Apabila saatnya telah tiba, maka munkar dan nakir pun bertanya,

“wahai fulan!”

“hello! Nice to meet you!”

“yeah sekiranya kau seorang yang taat kepada perintahNya dan menjauhi laranganNya.”

“ouppsss!”

“ma robbuka? Siapa Tuhan kamu?”

“ouh. Em. Aha! Michael Jackson! His voice is really good! I love his songs damn much! Taylor Swift pun not bad. Kelly Clarkson is really comforting.”

“and I’m sure that this package is also comforting!”

Maka serentak dengan itu hinggaplah cambukan yang peritnya tidak pernah kita bayangkan.

Arghhhhh. Arghhhh. Bala apakah ini? Malapetaka apakah yang menimpaku ini? Ya Tuhan! Ampunilah hambaMu ini.

“engkau mengaku bahawa engkau adalah hambaKu tapi engkau berdusta. Tempoh masa yang telah Kuberikan kepadamu telak kau sia-siakan. Menangislah air mata darah sekalipun niscaya tiada pengampunan buat dirimu kerana pintu taubat yang Aku buka untukmu selama ini telah Kututup. Engkau termasuk dalam golongan yang rugi.”

Kemudian Allah bertanya,

“kenapa kau tak jalankan perintahKu? Kenapa kau tak tinggalkan laranganKu?”


“ouh! Simple! Mak ayah tak pernah ajar. Lagipun orang sekeliling aku macam aku jugak.”


“tapi bukankah Aku telah kurniakan akal fikiran kepadamu untuk kamu berfikir? Kenapa kau tidak gunakannya semasa hayatmu? Bukankah Aku telah berpesan kepadamu bahawa setiap yang kamu kerjakan itu akan disoal di akhirat nanti?”

“tapi..tapi..”


“tapi..tapi..tiada lagi tapi untukmu. Maka terimalah balasanKu ini atas apa yang telah kau kerjakan semasa hayatmu!”

Neraka pun menadahkan tangannya untuk menyambut bahan-bahan api neraka yang Allah berikan itu.
“kubur lain-lain beb!”

Alangkah mudahnya skema jawapan yang diberikan. Andai malaikat maut itu menerima jawapan ini dengan senyuman yang mekar semekar kuntuman mawar merah nan indah, serasa dunia dan akhirat itu amat indah. Fikir-fikirkanlah. Kullu nafsink dzaiqotul maut. Setiap yang hidup itu akan merasai mati. Kehidupan di dunia ini merupakan landasan untuk kehidupan di akhirat. Sebelum sampai ke stesen Life Central, stesen World Central perlu diharungi dahulu untuk menentukan stesen yang akan kita tujui dalam Life Central. Sekiranya lulus kehidupan kita di dunia, maka InsyaAllah kehidupan di akhirat akan lulus juga. Elakkanlah daripada terus memberikan alasan untuk membuat kebaikan dan meninggalkan apa yang dilarang. Dampinglah al-quran dan as-sunnah niscaya engkau akan temui ketenangan yang abadi.

4 comments:

Farahin Ahmad said...

nice!
good job~

MTD Admins said...

hamdillah.
life scenery~

Nur Syahidah Zulkifli said...

sesungguhnya manusia itu sangatlah lemah....tetapi itu bukan alasannya....izinkan dikongsi...

MTD Admins said...

manusia itu sememangnya lemah tapi penciptannya itu telah disertakan dengan akal fikiran dan hati yang boleh memandu diri untuk menjadi khalifah di muka bumiNya. jadi, akal itu perlulah digunakan dengan sebaik mungkin.
silakan~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...