Wednesday, June 29, 2011

Hidup=4/4 bukan 1/4, 1/2 or 3/4

Bismillahirrahmanirrahim

9.45 pm, 28/06/2011

Matanya terus meniti barisan ayat yang terdapat dalam artikel tersebut. Article  How iron effect wrinkles on the body skin?’ itu terus dibacanya tanpa menghiraukan TV yang bersuara di bilik sebelah. 

10.02 pm, 28/06/2011

Sony Ericsson yang diletakkan bersebelahan dengan laptop vibrates.

A: Weh, israk mi’raj de pape amalan sunat khas ke?

Aik? Salam pun tak de. Busy kot.

B: Puasa?

A: Knp de question mark? X phm! Ak rsa ak lagho gle skrng. Ish3.

B: Knp?

A: Okey. Ak lg x phm. Puasa tu mmng sunat ke? Nabi buat eh? Or amalan sahabat2?

B: Em. X de amalan khusus. If ada pn sumbernya brdsarkan hadith2 yg lemah(menurut blog seorang ustz yang sempat dibaca before reply msg). Amalkan je amalan-amalan sunat yg kta jrg and pyah nk buat cnthnya tahajjud. Knp ko rsa mkin lagho?

A: Sbb x de mood nk buat sume bnda. Truk betul! Cne ek nk hdupkn hati balik?

B: Ad tfsir quran kn? Ambil skrang!

A: Okey. Gt it, soreitei?

B: Surah Al-Jathiyah ayat 7-9. Sm2 bc, hyati, fhamkan, amalkn!

A: Okey! Thnks. Ad 1 note nk share.

Daripada Nabi s.a.w,  pada waktu malam aku diisrakkan sampai ke langit, Allah s.w.t telah memberikan 5 wasiat antaranya:

1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2. Jadikanlah cintamu kepadaKu sebab tempat kembalimu adalah kepadaKu.
3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4. Putuskan harapan daripada makhluk kerana sesungguhnya mereka itu tidak sedikit pun tiada kuasa di tangan mereka.
5. rajinkanlah dirimu mengerjakan solat tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu beserta qiyamullail.
 
Wallahua’lam.

B: Jazakillah. Gt wt I meant? Smlm ak bkak quran tbaca ayt tu. Mmng padan sngt untk ak. Slma ni kta dok bjnji bsumpah time solat (syahadatain), tp hkiktnya kta x ksah pn dngn ap yg kta dh sumpah and janji dgn Allah.

A: Bru hfl ayt uh ltely. Bz mlm ni? De kje x?

B: X pn. Asal?

A: Hmm, da pna hfal surah Al-Jathiyah before ni? Lumba nk? Mlm ni. Try hfal takat yg mmpu. Kalo dpt smpai hbis lg bgus.

B: due date?

A: Specific malam ni tp curfew smpai mghrib esok. Hbis hri israk mi’raj la, okey x?

B: Set!

Perbualan pada permulaan malam israk mi’raj.

Pointnya, surah Al-Jathiyah ayat 7-9.

“Celakalah bagi setiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa. Iaitu orang yang mendengar ayat-ayat Allah ketika dibacakan kepadanya, namun dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka peringatkanlah dia dengan azab yang pedih. Dan apabila dia mengetahui sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka (ayat-ayat itu) dijadikan olok-olok. Merekalah yang akan menerima azab yang menghinakan.” (Surah Al-Jathiyah, ayat 7-9)

Siapa yang banyak berdusta lagi banyak berdosa? Aku, kau, dia dan kamu. Kenapa? Kerana aku, kau, dia dan kamu manusia. Siapa yang Allah katakana ‘celakalah!’ kepadanya? Orang yang dengar ayat-ayat Allah tapi buat tak endah.  Siapa yang suka buat perangai tak endah macam ni? Sekali lagi aku, kau, dia dan kamu. Kenapa? Kerana kita memang suka buat tak endah hukum Tuhan. Solat, puasa and baca al-quran jalan tapi maksiat pun jalan sama.

Al-quran itu kalamul haq. Semua percaya tapi kenapa kita tak amalkan? Kenapa masih nak menghalalkan yang bathil mengharamkan yang haq? Kerana aku, kau, dia dan kamu memang suka buat tak endah hukum Tuhan.

Apabila yang bathil dirasakan haq…

‘Walaupun I ni couple tapi kitorang tak pernah sentuh-sentuh. Setakat makan, study sama je. Takkanlah salah kot. Lagipun kitorang selalu share tazkirah. Solat pun tak pernah tinggal. Ko try tengok budak-budak masjid pun ramai yang couple tapi diorang okey je. Jadi je imam. Bagi je tazkirah. Tak ke jadi contoh yang baik tu?’

status fb: in relationship with makhluk Allah. Huh? Minah, kau dah tunang ke? Minah (bekas pelajar sekolah agama, tudung labuh, menghafal) jawab ha’ah dah tunang. Tapi tak nak buat status engaged. Eh minah! Baru tunangkan? Asal kat wall komen bersayang-sayang dengan kaum Adam yang dikatakan tunangnya? Katanya kami dah bertunang.’

‘Weh! Dia tu bagus kot! Hafal quran. 30 juzu’ dalam tangan. Tapi layan je numb-Linkin Park. Super junior pun aku tengok dia sama-sama angguk Sorry Sorry. Kadang-kadang So What juga dengan Pink! Yang tak boleh blanya Butterfingers and Muse pun dia layan. Petik gitar memang tak yah cite la. Superb! Orang macam ni la aku high spring!’

‘Kau ni pagi petang siang malam aku tengok asyik call muslimat Exco Kerohanian tu je. Ikhtilat weh! Ingat tu. Laa… rilex beb! Aku call dia sebab ada urusan la. Urusan? Tak settle lg ke walaupun setiap kali call mau sejam? Hati-hati. Kau Adam dia Hawa. Kanan malaikat kiri setan tengah-tengah nafsu. Ya. Aku tau la.’

Kenapa boleh jadi macam ni? Sebab aku, kau, dia dan kamu dengar ayat-ayat Allah tapi suka buat tak endah. Solat 5 waktu, recite 2 kali syahadatain setiap kali solat. Sekali time tahiyyat awal and sekali time tahiyyat akhir. Tapi masih tak endah dengan apa yang kita dah janji. Tau orang yang mungkir janji tu orang munafiq. Tau hukum tepati janji. Tapi tak pernah sedar dengan apa yang aku, kau, dia dan kamu dah janjikan. Berjanji bukan dengan manusia tapi dengan Allah. Tak ke naya tu bila tak tunaikan MoU yang dah dipatri? 1 solat 2 janji, kalau 5 kali solat dah 10 kali janji. Ni baru solat wajib belum tambah lagi dengan solat nak dapat excellent result dalam exam. Cuba tengok balik dah berapa lama kita hidup, dah berapa banyak kita janji dengan Allah, and dah berapa kali kita tunaikan?

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang wajib disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.”

Tak terasa ke amanah dan tanggungjawab yang kita pikul bila kita recite syahadatain ni? Kan ada ayat dalam al-quran tu bunyinya lebih kurang macam ni, masuklah kamu dalam agama Islam sepenuhnya. Bukan ¼, ½ ataupun ¾ tapi 4/4=1. Kita kena ingat apa yang kita tanggung sekarang harus dijawab pada hari kemudian. Ini baru definisi tanggungjawab yang sebenarnya.

So, setiap kali solat time recite syahadatain ingatlah bahawasanya aku, kau, dia dan kamu dah berjanji and bersumpah dengan Allah bahawa aku, kau, dia dan kamu adalah seorang Islam. Apabila dah mengaku menjadi seorang Islam, maka wajiblah ke atas aku, kau, dia dan kamu untuk tanggung segala tanggungjawab seorang muslim yang bertunjangkan al-quran kalamul haq dan berpaksikan As-Sunnah kemudian menjawab segala tanggungan tersebut tika mana hari yang dijanjikan telah tiba.

Hidup ni bukan boleh suka-suki macam umur tu adalah Yayasan Anda yang punya. Tinggalkanlah yang lagho sebab benda tu tak janjikan apa-apa pun. Banyak lagi yang boleh didengar selain daripada Linkin Park, Super Junior, Pink, Muse and Butterfingers tu. Al-quran yang sikit punya tebal tu lagi elok untuk didengar. Aku, kau, dia dan kamu bukan tau bila kita akan mati. Bila-bila boleh jemput. Jangan jadi macam 11th Hour, the man who decides to change at twelve dies at eleventh. Berubahlah sekarang kerana takut kita akan die at eleventh. Sia-sia hidup. Sama-sama aku, kau, dia dan kamu renungkan.

Death can strike at moment,
You can die doing nothing,
You can die while taunting,
You can die in your own self pity.
Or you can breathe your final breath
Utter your final words:
"Subhanallah!"
While bowing in prostration before your Lord.
One long slumber.
And then the Most Merciful awakens you
In the greatest of peace,
Granting you Paradise.

Semoga Israk Mi'raj memberikan seindah makna dalam hidup aku, kau, dia dan kamu.

2 comments:

nabilasyafiqa said...

Assalamu'alaikum. Syabas! Tazkirah yang menyentuh hati... Moga2 penghayatan melebihi peringatan. Jangan setakat kita tahu tapi xde jiwa untuk beramal dan memperbaiki diri.

MTD Admins said...

Ws.wr.wb. Tiada yang benar melainkan yang benar-benar benar belaka.
Dalam Al-Quran ada state orang yang tak nak gunakan akal jadi macam Pusaran (cth binatang ternakan). Tak ke teruk tu?
-Aku tak nak kubur sempit yang boleh patahkan rib cage aku. Okey. Reminder untuk hari ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...