Saturday, October 22, 2011

Hubby-Lubby

Bismillahirrahmanirrahim

Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut bersama haruman lemon. Wangi! Nak buat apa petang ni? Basketball? Tak ada kawan nak join. Lagipun tak ada bola.

Baring.

Golek-golek.

Baca novel.

Baring lagi.

Golek-golek lagi.

Baca novel lagi.

Hmmm…

Kepala dijengah ke luar tingkap. Wow!
A loving couple is practicing on how to shot a ball. Tengok diorang main. Record guna camera sampai bosan.
Tengok jap siapa yang ada kat luar bilik. Eh? Ada kak A. dia tengah online. Actually lappy aku memang dah ada kat luar bilik so aku pun duduk je la depan dia. Typing something.

Vrett…vrett…(bunyi vibrate handset)

Si A membalas sambil tersenyum tersengih.

“senyum-senyum,”aku mencelah.
Dia hanya tersengih sambil tersenyum lagi.

“Kak Na ni jahatlah.”Dia berkata.
Aku hanya diam menunggu ayat seterusnya.

“Kak Na cakap kat B, yela pergilah shopping tu jangan cuci mata pulak. Pastu boleh pulak B ni jawab berenang sambil menyelam lagipun laki ada 4 kuota. Kak Na pulak jawab yela, pahala dah banyakkan. Nak buat cemane kan.”
B ialah seorang senior yang Islamic bagi aku. Off course berlainan jantina.

“Rasanya ni dah tak termasuk dalam mesej yang tak penting kot,”aku membalas.

Aku confiused. Mungkin mereka sedang bercinta. Mungkin mereka dah bertunang. Atau mungkin mereka dah berkahwin. Tapi secara faktanya alasan kedua dan ketiga itu memang tak munasabah langsung sebab…
Tak ada 1 bukti or fakta yang mengatakan mereka ni dah bertunang atau berkahwin.

Inilah perkara yang selalu berlaku dalam kalangan kita. Aurat Alhamdulillah dah tutup semua. Usrah pun join. Solat pun cukup. Tu tak tambah lagi dengan semua amalan-amalan sunat.
Tapi selalu juga…

Mengata orang yang kita rasa amalannya or tahapnya kurang daripada kita.

Membenci orang atas sesuatu kesilapan yang dilakukan orang tersebut.

Menjaga ikhtilat dengan lelaki atau muslimin lain tapi tidak dengan lelaki yang dicintai.

Samalah juga macam muslimin. Apa sebenarnya semua ni? Sungguh aku agak tak faham dengan keadaan macam ni.

Kadangkala aku terfikir keadaan macam ni terjadi sebab kita ni dah rasa yang kita dah cukup bagus sampaikan kita tak nampak dengan kesalahan sendiri.

The only thing we know is blaming others on their wrongdoings. Aku rasa aku dah lari point.

Perkara yang aku nak cakap sebenarnya is about ikhtilat. Perlu diingat ya sahabat sekalian. Tudung labuh, bidang 60, songkok, kopiah, jubah dan sebagainya tidak menghalalkan kita untuk ‘bercouple secara Islamic, bermesej yang tak penting dan yang seumpama dengannya.’

Batas-batas syara’ tu perlu dipelihara. Dulu akak aku ada cerita pasal students kat mesir. Dia kata banyak juga perbandingan antara students yang ambil bidang agama and medic. Most of the time students agama selalu pandang lekeh pada budak medic. Kononnya diorang ni tak alim macam tu la. Bukan semua yang cakap tapi sebahagian.

Tapi akak aku cakap dia respect students medic(wrong grammar). Sebab apa? Sebab diorang ni tak ada pun istilah couple Islamic. Diorang just isi borang baitul muslim. Then bila sampai umur yang diorang tetapkan nak kahwin, ustaz and ustazah arrange kan perkahwinan diorang. Ni medic students. Tapi students agama?

Berkenalan dulu. Bercinta secara Islamic dulu. Keluar dating boleh tapi syaratnya mesti berteman. Selalunya adik kecil yang dijadikan teman. Bermesej. Walaupun tidak menggunakan sayang-mayang, hubby-lubby, tapi perkataan ukhti atau akhi digunakan. Tak pun ustaz ustazah. Ouch! So sweet!

Nonsense.
tak ke tu sama je dengan mendekati zina? Tak ke tu adalah kategori couple juga? Bezanya hanya perkataan sahaja. If orang selalu gunakan sayang-mayang hubby-lubby, istilah yang digunakan oleh orang yang berperwatakan Islamic pula akhi-ukhti ustaz-ustazah. Sekali lagi aku bertanya, tak ke sama je dengan couple?

Sekali lagi juga aku mengulang bahawasanya bukan semua orang yang buat.

Kita kena ingat apa yang kita buat ni akan affect orang lain juga. Please jaga our maruah. Dan please jaga maruah saudara seislam.

Hukum syara’ tidak membenarkan sesuatu yang haram menjadi halal kecuali ada syarat-syarat yang membolehkan ianya menjadi halal.

Contohnya perkahwinan. Selagi mana seorang yang bukan mahram itu belum berkahwin dengan kita, maka selagi itu jugalah dia haram bagi kita. Namun sekiranya dia dah berkahwin dengan kita maka hukum haram tersebut menjadi halal.

Sama-samalah kita recheck diri kita ni. Dalam kategori manakah kita berada? Tanya diri tepuk dada.

Dah magrib.

Ni aku attach link Baitul Muslim. For those yang nak kahwin, ha bolehla cuba jenguk-jenguk link ni.

Selamat mencuba!


May Allah bless us our life.

Wallahua’lam.


3 comments:

nabilasyafiqa said...

Assalamu'alaikum :)
LIKE, LIKE, LIKE!!! Tip-Top!
Ana sokong hujjah dan fakta yg diberikan. Untuk pengetahuan, ramai sahabat yang bertanyakan isu ini pada ana. Masa mula-mula dapat soalan ini, ana minta tempoh pasal ana pun kerdil dan cetek ilmu agamanya. Ana pun bukan perfect mana pun. Tanya ustaz-ustazah sana sini akhirnya alhamdulillah dapat jawapannya. Sampai siap kena warning lagi dengan ustazah. Tapi, bila dh bg jwpn ada pula yang bertapi-tapi sampai ana naik geram. Sampai sekarang persoalan ini masih diajukan. Pada pendapat analah, mereka-mereka yang dilihat dekat dengan masjid (xmau kata alim, nti jd isu pula) sebenarnya mereka diperhatikan. Kalau tidak, masakan dorang berani bertanyakan soalan sampai bawa bukti segala. Benar, cara pemakaian seseorang tak semestinya melambangkan peribadi individu itu. Orang yang tudungnya xberapa labuh, penutupan auratnya tak lagi sempurna banyak juga ilmu agamanya. Minta izin nak copy article ini :) Kesimpulannya, sama-samalah kita recheck diri kita. Oh ye, link tue xdapat buka pun... :) Lagi satu, jemput ke blog ana untuk jwb soalan ana kalau sudi dan mampu menjawabnya.
(yg ada article ini)... Syukran jazilan.

Mr. Redha said...

Jazakallah atas perkongsian ni..
Nk mntk izin utk berkongsi dgn sahabat2 sy yg lain...

stuju jgak dgn komen diatas...
Xbleh nk judge org melalui pemakaian nya...
:)

MTD Admins said...

silakan redzyque.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...