Bismillahirrahmanirrahim
Sollu 'alan nabiey. Hamdillah wa syukurillah.
Sollu 'alan nabiey. Hamdillah wa syukurillah.
Hari itu adalah
hari Sabtu. Ya. Secara umumnya hari Sabtu sungguh membahagiakan terutamanya
bagi pelajar university seperti aku. Melangkah kaki keluar bilik, terserempak
aku dengan housemate. Dia berbangsa India tetapi beragama kristian.
Kerusi di ruang
tamu ditarik lalu kududuk berhadapan dengannya. Kukira bahasaku agak formal. Tak
mengapa. Si dia masih khusyuk mengupas bawang.
“Masak ke deng?”.
Aku memecah kesunyian.
“Ha’ah. Perut pun
sudah lapar”. Biasanya itulah dialog yang diutarakan.
“Masak apa?”. Typical
question.
“Kari kacang
dal.”
“Eh, mana roommate
awak? Pukul berapa dia balik malam tadi?”, soalku memanjangkan bicara.
“Entahlah. Pagi-pagi
dah hilang. Orang ada boyfriend. Macam tu la. Lewat jugak. Dalam pukul 1 lebih”.
“Awak nanti
jangan macam tu. Kita ni perempuan. Kena pandai jaga diri”. Ballighu
‘anni walau ayah. Ek?
“Ya la. Saya pun
tak suka macam tu. Kalau boyfriend saya nak pegang tangan pun saya tak bagi”.
“Eh! Sesungguhnya
awak hebat. Teruskan usaha itu”. Jawapan yang macam kurang membina.
“Semalam awak
pergi kuil buat apa? Bukan awak ni agama kristian ke?” soalku lagi.
“Saje je teman
kawan saya pergi sana. Nanti lain kali kalau saya pergi kuil saya nak jadi
penyayi kat kuil tu”.
“Wah! Keyakinan itu
perlu. Boleh eh nak nyanyi?”. Tanyaku sambil ketawa. Dia pun tertawa sama.
“Boleh. Senang saja.
Ambil mic, kemudian nyanyi”. Kami ketawa lagi.
“Kenapa awak tak
masuk je agama Hindu?” soalku.
“Itulah. Saya pun
pernah terfikir tentang ni. Saya ada cakap dengan boyfriend saya kalau dia tak
nak tukar agama maka hubungan kami ended”. Tegasnya. Boyfriend si dia adalah
seorang hindu.
“Sampai macam tu
sekali?”
“Mestilah. It’s
difficult for me to shift from my God to the other God. Dari kecil pun saya
macam ni. Saya tak boleh ubah”. Dia bercerita dengan penuh bersemangat.
“Ouh. Tuhan
dalam agama Hindu tu macam mana dan Tuhan dalam agama kristian tu macam mana?”
“Kalau dalam
agama hindu tu ada Tuhan yang melindungi kita dari kejahatan. Dia pakai kot
besar warna hitam and lidahnya terjilir keluar sampai anak tekak”.
“Eh, seram tu. Nasib
baik awak bukan macam tu. Kalau tak sama-sama menyeramkan.” Kami ketawa.
“Ada jugak
tuhan-tuhan lain.”
“Banyaknya
tuhan. Kalau macam tu tuhan yang macam tu tak cukup power la kan?” Tanyaku
sambil tertawa.
“Haha. Saya pun
tak tau. Tapi bagi saya semua agama pun sama. Dalam semua agama ada Adam, Hawa
dan yang lain-lain.”
“Ish. Takkan sama
agama kami dengan agama lain. Kami memang ada Adam tapi Nabi Adam tu utusan. Bukan
Tuhan. Sama juga macam Nabi Muhammad dan Nabi Isa. Beza tu”.
“Ouh. Yakah? Maksudnya
Adam tu bukan Tuhan? Selama ni saya ingat Adam tu Tuhan.” Dia menambah.
“Ya. Adam bukan
Tuhan. Tapi Tuhan mengutuskan Nabi Adam sebagai nabi kepada umatnya. Nabi Adam,
Nabi Isa dan Nabi Muhammad semuanya adalah manusia tetapi mereka diutuskan
sebagai nabi. pembawa kebenaran. Mereka tidak disembah tapi mereka menunjukkan
jalan yang benar.”
“Okey. Tuhan dalam
agama awak pula macam mana?”, soalku bersahaja.
“Em. Kalau dalam
agama kami ada Jesus, Mother of Jesus, Holy spin and God”. Terangnya lagi.
“Banyak juga tu.
Saya confused. Awak kata tadi ada God tapi dalam masa yang sama awak sembah
Jesus. Macam mana tu? Awak kata tuhan awak satu tapi dalam masa yang sama
terbahagi kepada tiga. Mana satu yang betul? Awak tak rasa confuse?”, tanyaku
sambil berseloroh.
“Jesus tu anak
God. Mother of Jesus yang lahirkan Jesus. God hantar anak dia sendiri untuk
tanggung semua dosa manusia sebab kita semua ni berdosa.”
“Jadi kenapa
sembah Jesus? Awak kata Jesus tu bukan Tuhan. Siapa yang Tuhan sebenarnya ni? Is
it confusing?”. Kelihatannya dia menggaru-garu kepala.
“Tak. Macam ni.
God tu ayah Jesus. Jesus tu sebagai perantara dan penebus dosa. Mother of Jesus
pula mak Jesus. Dia lahirkan Jesus tanpa sebarang perhubungan. God hantar
Jibril sebagai perantara.” Terangnya dengan bersungguh-sungguh.
“Maksudnya God
ada anak? Dan anaknya itu adalah Jesus?”.
“Ya. Benar. Macam
tu la”.
“Jadi kalau macam
tu apa beza awak dengan Tuhan awak? Apa beza Tuhan tu dengan manusia? Kalau
manusia boleh beranak, dan Tuhan juga mempunyai anak, maka apa bezanya?”. Dia mulai
berfikir.
“Lepas ni kalau
awak dah ada anak, awak pun boleh jadi Tuhan la? Ke macam mana? Confuse bukan?”
“Saya tak tahu. Saya
tak tahu. Dalam agama kami memang ada diajar tentang larangan mencuri dan
sebagainya tetapi dalam hal sebegini kami tidak dibenarkan untuk bertanya. Kami
hanya disuruh menerima”.
“Jadi awak nampak
tak perbezaan antara agama Islam, Hindu dan Kristian? Tuhan kami hanya satu
iaitu Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Dia itu tidak dicipta tetapi menciptakan.
Tuhan itu tidak beranak dan tidak diperanakkan. Barulah ada beza antara Tuhan
dan manusia. Tak membingungkan bukan?”. Dia kelihatan mengangguk.
Kusambung lagi.
“Awak kena faham
maksud God itu sendiri. God itu kewujudannya tiada permulaan dan pengakhiran. Kalau
awak kata agama Islam dan agama lain sama, maka itu tak benar. Kami tidak
menyembah manusia tapi agama awak menyembah manusia. Kami mengatakan Tuhan itu
tidak mempunyai anak kerana Tuhan bukan makhluk, tapi awak kata Tuhan itu ada
anak yang namanya Jesus. Jadi agama awak menyamakan Tuhan dengan makhluk. Kalau
macam tu tak mustahil awak pun boleh jadi tuhan.” Terangku lagi.
“Saya pun
confuse tentang ni. Kadang-kadang saya tertanya-tanya juga tapi bila saya tanya
pakcik saya, dia akan marah”. Jelasnya sambil menunjukkan kebuntuan.
“Itulah gunanya
akal yang Tuhan bagi. Gunakan sebaiknya. Dalam agam Islam memang ada
diceritakan tentang nabi Isa, Mother of Jesus dan sebagainya. Tetapi cerita
kami berbeza. Tidak sama seperti cerita kalian. Nak dengar yang versi Islam
punya?” soalku sambil tersenyum.
“Nak. Nak. Nak”,
jawabnya teruja.
Lantas dikisahkan
kepadanya kisah Nabi Isa dan Maryam. Sepanjang penceritaan berlaku dia hanya
diam sambil mengupas kentang. Minatnya sudah ada. Moga hidayah itu dicampak ke
dalam hatinya. Ku berdoa dalam diam.
“Sekarang awak nampak
perbezaannya? Jesus itu bukan Tuhan. Tapi Allah itulah Tuhan yang Satu. Doktrin
yang diterapkan dalam agama awak membingungkan. Awak tak rasa macam tu?”
“Ya. Saya rasa
macam tu jugak. Bab ni memang membingungkan. Tak apa. Balik nanti saya nak
tanya parents saya.”
“Bagus tu. Nanti
dah dapat jawapan bagitahu pada akak. Nak tau jugak. Tapi rasanya parents awak
pun akan confuse. Ngee. Kadang-kadang kita tak boleh taklid melulu. Maksudnya ikut
sesuatu perbuatan tanpa tahu dasarnya. Setiap sesuatu harus didasari dengan
ilmu. Keluarlah dari kepompong yang membingungkan.”
Kutersenyum. Dia
juga begitu. Bukan sengaja ingin kutimbulkan provocation. Tapi at least aku
cuba untuk menyedarkan. Andai kata sayang, maka buktikan. Andai kata cinta,
maka selamatkan. Biarlah fikirannya bercelaru. Bingung. Semoga dengannya dia
akan lebih tekun mencari. Gigih mengenali jalan yang hakiki. Harapanku satu. Semoga
dia dipertemukan dengan Rabnya dalam keadaan yang diredhai. Amin.
Wallahua’lam.