Thursday, May 19, 2011

Sebuah Ceritera Lebuhraya

Bismillahirrahmanirrahim

Isnin, 16 Mei 2011

“waaa… Hahaha. Lajunya!”

“Biasalah sayang. Ni baru namanya rock! Nak bawak moto ‘selo’ apa kes. Tak macho la. Peluk kuat-kuat. Abang nak rempit ni.”

“Apa bang? Rempit? Beres! Dalam kiraan 3… 1, 2, 3! Here is your road dear!,” balas si pembonceng belakang sambil mengemaskan pelukannya.

“Yihhhaaa!!!”

 “Bang… bang, potong kereta depan ni. Bawak kereta macam kura-kura tak cukup makan je.”

Serentak dengan itu…

“Vrooommm” (Bunyi motor kapcai bila ‘dipress’, ditambah dengan hilaian tawa para penunggang motor)

Tu dia. Carbon Monoxide, nitrogen oxide semuanya ada! Perosak alamkah kita?

Ini situasi time aku on the way nak pergi lcct. Time ni kat area Seremban.  Kereta yang dipotong tu kereta ayah aku. Dia cakap slow macam kura-kura tak cukup makan tapi time tu ayah aku drive dengan had kelajuan 100 km/hours. Slow or fast? Aku pun musykil. (Semua dialog merepek tu monolog dalaman aku, jadi jangan percaya dengan dialog-dialog tersebut)

Nak dijadikan cerita, aku ni yang duduk kat bahagian belakang tengok and perhatikan je la gelagat diorang. Si suami (tak taulah suami or apa tapi disebabkan aku nampak ada budak kecik kat dalam bakul so assume je la yang ni suami perempuan tu) pakai baju kemeja and t-shirt ditambah dengan seluar yang bila dilihat semakin mengecil dan mengurus bila turun ke bawah. Si isteri (aku husnuzon juga dengan menggunakan alasan yang sama seperti tadi) pula pakai baju kurung tapi kain terselak sampai peha, rambut dah being oxidized, mungkin baginya asli itu hodoh kot. Em. Make-up tebal berapa inci aku lupa nak ukur.

Kuberfikir sejenak. Ayah aku laki. Bila perempuan dok membonceng dalam keadaan yang macam tu, apa jadi kat lelaki? Aish! Tension! Nak focus drive pun payah. Takkan nak tundukkan pandangan time nak drive. Memang kena mengucap sekali la time baca doa naik kenderaan.

Persoalannya dalam hal ni siapa yang bersalah? Suami tercinta? Isteri tersayang?

Suami la! Pasai pa plak?

Sebabnya suami tak reti nak didik isteri. Cemana nak tutup aurat dengan betul. Bagitau kat dia yang pakai baju kurung selak kain sampai peha tu tak boleh dalam Islam. Bagitau kat dia yang aurat perempuan tu ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Bagitau kat dia yang warnakan rambut tu menyebabkan solat tak sah. 

'Siapa cakap tak sah? Sah apa. Rambut bukan anggota wudhu'

Ya. Rambut bukan anggota wudhu'. Tapi macam mana dengan mandi wajib? Solat boleh tak sah sekiranya mewarnakan rambut sebab air tak sampai kat rambut. Suami kan ketua keluarga, so dialah yang kena tegur kalau isteri dia buat salah, bagi fahaman agama kat dia,bimbing dia ke jalan yang benar. Bukan sama-sama ‘you jump I jump’. Sat lagi Allah tanya macam mana nak jawab? Takkan nak jawab…

“Biaq pi la kat dia tu. Dia dah besar. Walaupun kami ni a loving couple, it doesn’t mean we are sharing our grave for the future. I have one and she’s one too.”

Confirm ke dengan bagi jawapan yang macam ni suami akan terselamat daripada siksa Allah?

Pasai pa plak suami yang salah? Isteri la yang salah!

Tapi kenapa?

Belajar fardhu ain tu wajib ke atas setiap individu muslim. Isteri ni muslim. So dia wajiblah belajaq fardhu ain. Dah blajaq tu kena practice. Nanti Allah cakap…

“You already learnt about the hokum, but you didn’t practice it in your daily life. I did tell you about these things in the Quran, but why don’t you follow it?”

Nak jawab cemana ni?

Lagipun isteri ni akan jadi ibu yang akan didik anak. Kalau atas dah bengkok, probability untuk ajar anak jadi lurus agak sukar. Nanti anak pun jadi sama-sama bengkok. Like mother like daughter. Nanti macam mana nak jawab dengan Allah?

Tau apa itu hukum karma? We will get back what we give. Bila kita bagi benda yang tak elok, kita akan dapat balik benda yang tak elok. To think again, mama dah jadi muslim yang sebenarkah untuk berikan didikan agama kepada anak? Mama ingin rumahtangga yang diberkati atau dimurkai?

All these things are about AMANAH. Bukan toys yang boleh dicampak ikut suka hampa bila dah rasa bosan. Amanah yang satu hari nanti akan dipersoalkan tentangnya pada kemudian hari. Kena ingat juga bila dah mati nanti skema jawapan,

“kubur lain-lain la” tak menjamin apa-apa kebebasan kat akhirat nanti.

So, people over there please think about this. It doesn’t matter what gender you are.  If you wanna get married, make sure dalami dan fahami ilmu agama untuk menjamin kebahagiaan hidup duniawi ukhrawi. Kepada para wanita yang dikasihi, ketahuilah bahawa seindah-indah hiasan di dunia itu adalah wanita solehah. Peliharalah dirimu daripada debu-debu yang akan mencacatkan kecantikan sang mawar berduri. Biarlah kita ini dikatakan ‘ortodok’ ataupun ‘kolot’ disebabkan pakaian yang menutup aurat dan sebagainya, tapi janganlah kita dicap sebagai wanita yang tidak mempunyai harga diri di sisi Allah. So, kepada sesiapa yang hobinya meng'upload' gambar cantik jelita indah menawan, sambil membuat gaya ala-ala model iklan dan sebagainya, kita kena ingat sekiranya lelaki yang melihat itu adalah golongan kaum Adam, maka berdosalah kita. If you love your partner, please do think that a women responsibility are on the man shoulders. If you wanna go to Jannah with your love, please follow the Quran and Sunnah.

To guys, you are a leader in a family. Lead your family along the right path to bring happiness in your life. Berilah didikan agama yang secukupnya kepada isteri dan anak-anak. Tegurlah mereka kiranya mereka tersasar dari landasan yang benar. Janganlah dikau biarkan isteri-isterimu yang dahulunya menutup aurat kemudian membukanya selepas terikatnya jalinan kasih dalam akad suci. Tegurlah mereka.

Inilah yang dikatakan perjalanan hidup. Pengalaman yang kukira amat bermakna ketika melalui lebuhraya Seremban. Yang baik itu kutiplah dan sisipkanlah di hati sebagai pengajaran hidup dan yang buruk itu olahlah kepada sesuatu yang lebih baik dan memberikan makna dalam kehidupan kita. Ini hanya sekadar perkongsian bersama tentang sebuah cerita kehidupan.

"Jangan cuba dikawal arahnya taufan tapi kawallah layar kehidupan. Tak perlu diukur dalamnya lautan tetapi panjangkanlah kail yang sejengkal."


Saturday, May 14, 2011

10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."
Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.
Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.
Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan:
  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.
- Artikel iluvislam.com
Sumber

Sunday, May 8, 2011

Kenapa Masakan Ibu Paling Sedap

Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. Mengapa?

Kata orang, itulah penangan 'air tangan'. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak 'terlarut' bersama bahan-bahan masakan.
Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu? Hakikatnya, itu bukan sebabnya. Air tangan yang dimaksudkan bukanlah 'air' dalam erti kata yang fizikal dan material. Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan 'air tangan'. Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih-sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.
Pakar motivasi dan psikologi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan satu kerja dengan penuh kasih-sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk 'mendapat' tetapi untuk 'memberi'. Seorang ibu yang memasak adalah didorong untuk 'memberi' kasih-sayang kepada anaknya, berbanding seorang 'chef' yang memasak atas dorongan ganjaran komersial.
Justeru semakin ikhlas, ceria dan kasih seseorang pada pekerjaannya dan kepada siapa dia tujukan atas kerjanya itu, maka semakin tinggilah kualiti kerja tersebut. Dan semakin kurang keikhlasan, keceriaan dan kasih seseorang semasa melakukan kerjanya, maka semakin rendahlah kualiti dan produktiviti kerja tersebut.
Realitinya, 'air tangan' bukan hanya ada pada kerja memasak. Ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, pemimpin, guru, imam, jurutera, doktor, jururawat sehingga seorang buruh kasar. Setiap individu Muslim, wajar bekerja kerana Allah untuk berkhidmat sesama manusia. Seorang yang paling kasihkan Allah, dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya.
Falsafah di sebalik 'air tangan' inilah saya kira dapat merealisasikan dorongan Rasulullah saw agar setiap kita memperelokkan kerja menerusi sabdanya:
"Bahawasanya Allah s.w.t suka apabila seseorang darikamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya."
- Artikel iluvislam.com

Sumber

Tuesday, May 3, 2011

Balang Mayonis Dan 2 Cawan Kopi

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang
balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."


Posted Image

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.
Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan
kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang
telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda...
Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili
perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil
berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan..."


Moral :

Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini..."

Sumber

Wednesday, April 27, 2011

Pengurusan Badar

Perkara yang penting adalah sistem pengurusan dari peringkat pimpinan
(qiyadi) hinggalah peringkat tenaga kerja (jundi).
Kata Saidina Ali,
"Keadilan yang tidak bersistem (tidak berstrategi) akan ditundukkan
oleh kebathilan yang bersistem" :(

Betapa pentingnya perancangan sehinggakan ia menjadi faktor penentu keberkesanan
organisasi. Perancangan tersebut mestilah dilakukan seawal tempoh pimpinan, dengan melibatkan
visi dan misi organisasi, takwim bulanan, gerak kerja setiap unit, program2 yang akan dilakukan,
pelan tindakan dan lain2 lagi.

Namun perkara yang perlu dititik beratkan dalam merancang gerak kerja organisasi sepanjang
tempoh pimpinan adalah kebajikan para pimpinan dan ahli. Jangan kerana nak organisasi aktif
atau nampak hebat, ahli dan pimpinan tergadai. Kebajikan ahli dan pimpinan dari segi akademiknya,
peruntukan masa untuknya terlibat dalam organisasi, kebersediaannya bergerak dalam organisasi,
ukhwahnya bersama ahli lain,dan lain2. Jika organisasi berjaya menjaga kebajikan ahlinya,
insya Allah ahlinya akan terikat dengan organisasi untuk terus memberi komitmen dan kerjasama
dalam organisasi. Dengan kebajikan ahlinya terjaga, insya Allah organisasi dapat bergerak aktif
dalam mencapai visinya.

Sebenarnya, nak merancang pun ambil masa yang lama. Perancangan yang baik ialah yang sistematik
dan mengambil kira semua aspek, juga mempunyai back-up plan atau rancangan alternatif sebagai
langkah kedua.

Tapi, jangan pula hanya merancang sahaja, gerak kerja bagaimana? Jangan rancangan hebat,
kerjanya ciput je. <_<

Wallahu'alam.

Posted by : lan_daie
Source     : Komuniti.Iluvislam.com

Thursday, April 14, 2011

Muslimin Bantu Kami Mencari Erti Solehah


Gerak langkahmu memikat hati,                                                                                                                                              
Lirik senyummu manis sekali,
Namun ini aku menyedari,
Ia adalah ranjau berduri.
Senyumanmu itu racun berbisa,
Mengugat naluri menggoda jiwa,
Walau rupamu amat menawan,
Namun ku tetap pilih yang beriman.

Ranjau Menawan - NowSeeHeart

Dahulu muslimat mungkin merupakan cabaran yang besar yang dapat meruntuhkan keimanan seorang muslimin. Namun hari ini, ketahuilah wahai muslimin, anda merupakan cabaran yang besar bagi muslimat dalam memagari diri di dalam rumah 'solehah'. Saban hari ada sahaja penjaja-penjaja cinta yang melalui halaman rumah 'solehah' ini, yang membuatkan kadang-kadang, muslimah ini teruja untuk melihat 'apakah yang dijual mereka?'.

Ketahuilah wahai muslimin,
Kami memagari diri kami,
Agar kamu (wahai muslimin) dapat istiqamah dalam perjuanganmu,
Kami mengeraskan kelembutan kami,
Agar kamu mampu fokus dalam gerak langkahmu,
Kami lari dari fitrah azali kami,
Agar tidak terganggu imanmu,
Namun mengapa kamu masih mengusik hati serta keimanan kami?
Sedang kita perlu saling bantu-membantu dalam menjaga iman masing-masing.
Agar gerak kerja kita dalam perjuangan ini tidak terganggu. Sekiranya kamu sering menganggu iman kami, maka kelemahan kami yang terserlah pula akan menganggu imanmu. Dan akhirnya kita bersama-sama jatuh ke tempat yang binasa. Na'uzubilahi min zalik!

Apabila kamu melihat ada muslimat yang solehah, atau yang sedang mengadaptasi sifat 'solehah' dalam diri. Jangan kamu ganggu mereka dengan kata-kata manismu, jangan kamu ganggu iman mereka dengan menguji sejauh mana tahap 'solehah' mereka. Apakah kamu tegar kehilangan bunga-bunga 'solehah' yang bakal mengindahkan dunia Islam ini?.

Kami sendiri pelik, apabila ada muslimin yang mengirimkan article tentang 'ikhtilat', sebagai peringatan buat muslimat. Tetapi kemudiannya muslimin itu sendiri menghantar mesej,
'Hati-hati ye balik, kalau terjatuh,bangun sendiri, hehe'.

Atau mungkin apa sahaja perbuatan atau perkataan yang boleh mengundang dosa. Jangan menipu diri sendiri muslimin hanya dengan bertopengkan ilmu kepalsuan.
"Owh maksud saya tu, jaga diri. Awak jangan su'uzhon",
"Saya tak nak lah rasa ikhtilat ni  terlalu formal kita biasa-biasa je "

Apa sebenarnya yang kamu (wahai muslimin) cari?
Kamu mahu kami menjadi muslimah solehah, tapi kamu tidak membantu kami ke jalan itu,
Malah kamu sering menganggu 'perhatian' kami.
Atau mungkin kamu ingin kami jadi muslimah yang hipokrit? Di depan semua orang, ikhtilat, aurat, ibadah semua dijaga,
Tetapi di belakang orang,kami hanya memiliki abu-abu iman yang ringan, yang tidak berguna.

Ketahulah wahai muslimin,
Kita memerlukan kekuatan satu sama lain,
Dalam memangkin perjuangan ini,
Jika salah satu dari kita lemah dalam mempertahankan iman,
Ia akan memberi kesan kepada keduanya.

ketahuilah wahai muslimin
kami ingin menjadi isteri yang solehah, juga ibu yang dapat menjadi qudwatun hasanah,
Bagi melahirkan mujahid dan mujahidah,
kami memerlukan seorang suami yang soleh sebagai ketua keluarga,
Jadikan kami ini selayaknya untuk kamu,
Dan kamu selayaknya untuk kami.

Muslimat- perempuan
Muslimin- lelaki
Ikhtilat - perhubungan lelaki dan perempuan
su'uzhon- bersangka buruk

Sumber:Iluvislam.com

Sunday, April 3, 2011

Abu Nawas dan Tukang Fitnah


Suatu hari seseorang yang telah menyebarkan fitnah dan memburuk-burukkan nama Abu Nawas datang kepadanya dan mengatakan menyesal atas apa yang sudah terjadi.

"Aku tidak akanmengulangi lagi.Katakan apa yang harus aku lakukan untuk menebus kesalahanku,"kata orang itu.

"Tidak ada," kata Abu Nawas.

"Pasti ada yang boleh aku lakukan," paksa orang itu.

"Jika kamu memaksa, maka sekarang bawakan aku sebuah bantal bulu."

Orang itu segera pergi dan kembali membawa bantal bulu.

"Sekarang berdirilah di tengah jalan dan bukalah bantal itu," perintah Abu Nawas.

Orang itu melakukan apa yang diperintahkan. Bulu-bulu itu keluar dari bantal dan ditiup angin.

"Sekarang apa lagi?"

"Kumpulkan bulu-buku itu dan masukkan semula ke dalam bantal."

"Tetapi itu tidak mungkin, bulu-bulu itu sudah terbang jauh."

"Demikian juga dengan apa yang telah engkau lakukan padaku. Beritanya sudah tersebar luas dan sekarang engkau tidak dapat membersihkan namaku yang telah tercemar," kata Abu Nawas

Tajuk:Tanyalah Dia Abu Nawas
Penyusun: Abdullah Ahmad
Syarikat: MustRead Sdn. Bhd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...