Tuesday, February 1, 2011

Secebis Coretan Ahli Kubur Kepada Ahli-Ahli Kubur

Bismillahirrahmanirrahim

"Al-i'lm bila a'mal kash syajar bila tsamar"


Ilmu yang tak diamalkan itu laksana pokok yang tak berbuah.
selalu kita mendengar..

"Dulu aku pernah belajar kat sekolah yang solat berjemaah tu afdhal daripada solat bersendirian. Pahalanya pun 27 kali ganda. Banyak tu. Tapi tak tau kenapa sampai sekarang aku tak pernah solat berjemaah".

Ada juga yang berkata,

"Emm...Aku tau solat fardhu tu wajib ke atas setiap muslim tapi maklumlah. Aku tak dapat hidayah lagi nak buat semua tu. Memangla berdosa tinggalkan solat tanpa keuzuran. Aku tau tu. Nanti-nantilah aku buat".

See? Hakikatnya ramai manusia yang berperangai macam ni. Mungkin kita salah satu daripadanya. Tuntut ilmu memang banyak. bertimbun. Tapi nak amalkan tu alahai susahnya. Ilmu itu walaupun sikit jika istiqamah pengamalannya lebih baik daripada ilmu yang bergantang tapi tak diamalkan. Sia-sia. Perlu diingat apa yang kita buat hari ni akan disoal pada Grand Meeting nanti. Time tu pandai-pandailah bagi jawapan kat Allah.
Suatu hari..

Seseorang telah berkata.

"Wahai sekalian makhluk yang sama spesis denganku, ada 8 perkara aku nak share dengan korang semua. InsyaAllah jika korang istiqamah mengamalkan ilmu ni korang dapat manfaat time kat kubur, padang Mahsyar and Allah mesti sayang korang. Semua orang boleh try. Jangan segan-segan. Jangan malu-malu. 'Shy-shy cat is not neccessary in this case'. Aku explain one by one eh".



Pertama.
Aku tengok kat dunia ni teramatlah banyak makhluk yang bermastautin kat sini. Apa yang aku lihat, setiap daripadanya ada kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Laki dengan perempuan. Jantan dengan betina. Male and female. Tak kisahla sama ada makhluk tu manusia, haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Tapi aku tak faham dengan Kaum Nabi Luth yang menolak fitrah ni. Yang tu cerita lain. Okey. Aku highlight bahagian manusia je sebab aku manusia dan korang pun manusia. Manusia ni memang banyak kekasih. Contohnya suami atau isterinya, hartanya, anak-anaknya, pangkatnya, amalannya dan yang seumpama dengannya. Tapi nak dijadikan kisah antara banyak-banyak kekasih ni, sebahagiannya hanya teman kita smpai kepada "sakit" yang membawa mati; dan yang sebahagian lagi sampai kat tepi kubur. Then, semuanya akan balik kat tempat masing-masing dan tinggalkan kita sorang-sorang. Takde sorang pun yang akan temankan kita dalam kubur. Jadi mulai dari hari tu berkawanlah kita dengan tanah gambut, tanah selut, tanah pamah dan sebagainya.
Maka aku terfikirlah...

Siapa kekasih aku yang sebenarnya ni? Bukankah kekasih itu akan menemani kita tak kira dalam apa jua keadaaan sekalipun. Then, siapa yang nak temankan aku dalam kubur? Isteri atau suami? Harta? Anak-anak? Mustahil. Dorang semuakan dah ada kubur masing-masing. Maka aku pun ubahla pemikiranku bahawasanya isteri atau suami, harta, pangkat and anak-anak tu bukannya kekasih aku. Kekasih yang paling utama ialah yang join aku time kene bungkus dengan kain putih, lepastu masuk kubur sama-sama masuk kubur, then bahagiakan aku time kat sana. Dirinya itu laksana mutiara nan indah yang bersinar...laksana mawar merah yang mekar...indahnya bagaikan Sang Purnama yang menyinari kegelapan. Memang cun la! Alahai cantiknya..

Amalan Soleh.
Ya. Itulah kekasihku, Amalan Soleh. Sebab itulah aku jadikan dia sebagai kekasihku supaya kelak ia akan menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan aku dan tidak tinggalkan aku sendirian.


Didik anak dengan amalan soleh sejak dari kecil.


Kedua.
Em. Perkara kedua ni adalah pasal hawa nafsu. Okey. Apa yang aku tahu manusia ni penciptannya disertakan dengan akal dan hawa nafsu. Semua orang tahu. Yang membezakan antara manusia dengan haiwan itu adalah manusia berakal tapi haiwan tak. Sebab tulah manusia yang tak gunakan akal tu sama macam binatang ternakan seperti lembu, kambing dan sebagainya; bahkan lebih teruk lagi. Nak ke jadi macam lembu atau kambing?
Hakikatnya manusia ni selalu menurut kehendak hawa nafusunya dalam kehidupan seharian. Harta tu kalau boleh nak banyak macam harta Qarun. Pangkat tu kalau boleh nak tinggi macam Fir'aun. Isteri tu kalau boleh nak yang sangat cantik macam Miss World. Kalau setakat yang biasa-biasa ni memang reject awal-awal. Rumah pulak kalau boleh nak segedang-gedangnya. Yang boleh nak letak segala harta dalam tu. Inilah sikap manusia. Kecintannya pada harta, pangkat, anak-anak, keluarga melebihi cintanya kepada Sang Pencipta. Nafsu selalu diletakkan di tempat yang teratas. Tapi kita kena ingat Allah ada beritahu kita dalam kalamNya.

"Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran TuhanNya dan menahan diri daripada kehendak hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya". (An-Nazi'at: ayat 40-41)

Al-Quran tu Kalamullah. So, apa yang ada di dalamnya aku amat yakin akan kebenarannya. Sebab tulah aku try lawan nafsu jahat ni and bersedia untuk berjihad melawannya. Tak pernah aku bagi kesempatan untuk menurut segala kehendaknya, sampailah dia menyerah, tunduk serta taat kepada Tuhannya, Allah Yang Maha Esa.



Ketiga.
Perkara yang seterusnya adalah berkaitan harta. Setuju tak if aku cakap ramai sangat manusia yang hidupnya untuk mengumpul harta? Harta tu boleh dibahgikan dalam beberapa kategori. Contohnya seperti anak, duit, emas dan sebagainya. Kita ni kalau boleh kereta nak berbuah-buah. Tempat parking uh kalau tak besar, tak exclusive, tak canggih macam Terminal 2 kat Seremban tak sah jadi parking lagi. Motor mestilah nak yang up to date. Kalau setakat motor kapcai bawak pergi kebun tu...Aduhai, geli gitu~Nak bawak awek pun tak lepas. Lepas tu emas pulak. Almaklumlah emas ni kan tinggi nilainya. Tak percaya? Try tanya makcik-makcik yang suka menyeru peragut ketika keluar rumah. Tanya kat mereka kenapa mereka suka pakai emas bila keluar rumah.

"Assalamualaikum makcik. Apa khabar? Sihat? Makcik ni cantiklah. Terutama gelang-gelang and rantai makcik tu," sapa Si Peragut Tempatan.

"Wa'alaikumussalam. Eh anak! Hamdillah. Makcik sihat wal afiat. Betul ke cantik? Tengoklah semua ni makcik punya". Lengan baju disinsing serta merta. Bukan sebelah lengan tapi both lengan dia sinsing.
"Ha! Yang ni pun makcik punya. Cantik-cantik semua ni. Mahal. Tapi tu la kan. Duit makcik ni banyak. Bila pakai macam ni rasa bangga tau. Orang akan cakap kita kaya. Banyak duit". Makcik berceloteh tentang hartanya sambil Si Peragut Tempatan melaksanan tugasnya, iaitu meragut dalam kelembutan.

Dalam hati Dia bermonolog...
Tak pe makcik. Emas ni memang cantik. Lagi-lagi jika pemakainya adalah wanita solehah yang humble. Yang bongkak macam makcik ni memang eloklah emas-emas ni saya ragut. Alahai kesian makcik ni. Orang tua tak sedar kubur dah panggil. Banggalah sangat dengan harta-harta ni. Makcik sayang...Harta ni Allah yang punya. Bukan makcik punya. Jadi tak payahlah makcik nak bangga-bangga sangat dengan emas ni. Saya ambil dulu ya. Selamat menambah emas di lengan, jari-jemari, leher dan kaki. InsyaAllah ada rezeki nanti kita jumpa lagi. Sayang makcik. Alahai kesian...

Kemudian?

"Tolong! Tolong! Emas aku kena ragut! Tolong! Tolong! Tolong!"

Makcik emas terkapai-kapai sendirian. Almaklumlah emas kesayangan dah kena ragut. Salah siapa? Alahai kesian.
Macam ni la sikap kebanyakan manusia. Bila dah ada banyak harta ni kena jaga pulak. Tak boleh nak bagi kat orang ikut suka hati je. Lagi-lagi kalau ada orang datang nak mintak derma dan sebagainya. Mulalah keluar beraneka ragam alasan.

"Untung bulan ni tak banyak la..."

"Bulan ni saya nak guna duit la..."

"Anak-anak yatim tu kecil lagi. Tak boleh pegang duit..."

"Saya ni bukan kedekut, tapi itulah kan. Apa orang cakap tu? Bila nak menderma kita kena ikhlas. Niat tu kena suci. Lagipun sekarang ni saya sedang mengamalkan saranan kerajaan iaitu Kempen Berjimat-Cermat. Next time la ya saya derma. Nak berjimat."

Ada kene-mengena ke berjimat dengan menderma? confiused! Inilah sikap kita. Harta nak bergantang-gantang. Lepas tu kalau boleh tak nak share pun dengan orang lain. Zakat je la lepas. Nak bersedekah...Fuh! Memang jauh panggang dari api. Yang ni nak buat kena tunggu wahyu turun kot.

Aku ni pun sebenarnya teringin juga nak beli kereta berbuah-buah. Rumah nak berbanglo-banglo. Yelah. Nak bagi anak bini makan. Tapi bila aku fikir balik tentang satu firman Allah ni:

"Apa yang ada di sisi kamu akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal selama-lamanya". (An-Nahl: ayat 96)

So? Marilah kita keluarkan harta simpanan yang selama ni kita sorokkan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Tak kan rugi punya! Confirm!


"Saya wonder kenapa ada hiasan di atas kepala saya. Untuk mengundang Si Peragutkah?"


Keempat.
Em. Yang keempat ni lebih kepada kedudukan. Okey. Macam ni. Manusia ni ada yang menyangka kemuliaan dan ketinggian darjatnya terletak pada ramainya bilangan ahli keluarga. Lalu dia berasa megah dengannya. Ada pula yang berasa bahawa kemuliaannya terletak pada emas perak intan permata yang banyak. Lalu dia berasa sombong dan angkuh dengannya. Ada juga yang menganggap kemuliaan tu terletak pada kezaliman yang dilakukan contohnya seperti menyamun, menumpahkan darah sesama manusia dan sebagainya. Em. Banyak cerita-cerita yang mempunyai unsur sebegini ditayangkan untuk tontonan awam. Alasannya...supaya kita tak ketinggalan zaman. Aduhai. Tak valid langsung alasan macam ni. Ada juga yang mempunyai keyakinan bahawa kemuliaan tu adalah apabila dia berlaku boros dengan hartanya. Melakukan pembaziran sana-sini. Banyak lagilah. Tapi pernah tak kita terfikir tentang satu firman Allah yang berkaitan dengan kemuliaan dan ketinggian ni? Ayatnya sangat jelas dan nyata. Em. Bunyinya begini.

"Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. SesungguhNya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti". (Al-Hujrat: ayat 13)


"Wahai orang yang dah baligh, rajin-rajinlah hayati isi quran"

So? Kepada siapa yang suka nak mendabik dada jadi cicit Fir'aun, bermula daripada saat ni bawa-bawalah bertaubat. Tu. Ayat tu jelas Allah dah bagi. Yang nak suka mengaku bahawa diri tu berdarah bangsawan dan sebagainya, lalu berbangga dengannya pun kena bawa-bawa bertaubat. Sebab apa? Sebab darah manusia tu warnanya sama je. Merah dan putih. Tapi tak tau la pulak kan kalau ada golongan bangsawan yang warna darahnya selain daripada merah dan putih. New species la tu kan. Wallahu a'lam.

Waktu mati nanti pun semua pakai pakaian yang sama. Semua pakai kain putih. Kain kafan. Tak ada yang warna lain. Jadi tak payahlah nak berbangga sangat dengan harta, keturunan, pangkat ataupun yang seumpama dengannya yang kita miliki. Manusia tu tak ada yang paling mulia melainkan orang yang bertaqwa kepadaNya. Marilah sama-sama kita berlumba untuk menjadi golongan muttaqin yang mendapat keredhaan daripada Allah.



Kelima.
Aha! Yang kelima ni best sikit. Aku tau part yang ni mesti korang selalu buat. Aku pun kadang-kadang tak terlepas juga daripada melakukannya. Aduhai. Mengumpat la. Mengumpat. Tau kan mengumpat tu macam mana? Macam tak biasa buat pulak. Kita tau ghibah tu tak dibenarkan dalam Islam. Kononnya gelilah nak makan daging saudara sendiri. Tak sanggup la kononnya. Tapi hakikatnya daging manusia tu serasa dah serasi dengan lidah kita. Bila makan terasa laziz je. Enak je. Mengumpat katakan. Apa yang tak enak rite?

Inilah sikap kita. Suka sangat nak mencela orang. Tak cukup dengan tu. Mengumpat pasal dia pulak. Menyebarkan berita itu ini kepada orang lain. Entah kenapalah hati kita ni busuk sangat kan? Orang buat baik nak kutuk, orang buat jahat kita nak kutuk. Apa yang kita nak sebenarnya ni? Memang sesungguhnya manusia ini makhluk yang unik, pelik lagi weird. Ada akal tapi selalu tak nak gunakannya bila nak melakukan sesuatu. Tapi bila orang cakap golongan macam ni macam binatang ternakan, dia pulak yang naik hangin. Sedangkan dalam Al-Quran dah memang jelas Allah bagi special cop untuk golongan ni. Jadi kenelah terima seadanya.

Persoalannya sekarang apa punca-punca yang menyebabkan perkara-perkara sebegini berlaku dalam kalangan umat Islam? Yeah! Pangkalnya adalah disebabkan oleh dengki dengan harta, pengaruh, akademik dan sebagainya. Dengki. Yeah. Itulah puncanya. Kenapalah kita suka sangat dengki dengan orang lain? Okey. Kita lihat kata-kata Allah ni eh. Cukup halus. Cukup seni. Cukup indah. Cukup perfect. Ni ayatnya.

"Kamilah yang menentukan kehidupan mereka dalam kehidupan dunia". (Az-Zukhruf: ayat 32)

See? kan jelas ayatnya tu. Pembahagian tu Allah dah tentukan sejak kita dari alam rahim lagi. Masing-masing dah ada pembahagiannya tersendiri. Aku dah cakap dah. So? Kenapa nak dengki dengan orang lain? Kenapa nak mengumpat pasal orang lain. Agak-agak bila kita nak mengumpat kita try gigit tangan kawan kita. Try rasa sedap ke tak sedap. Tak pun letak batu dalam mulut. Inilah perkara yang dilakukan oleh sahabat nabi Sayyidina Abu Bakar r.a. Mau cuba?

Money itu hartakah???

 
Keenam.
Em. Pernah tak tengok orang bergaduh? Bertengkar? Berkelahi? Kenapa orang suka bergaduh? Kenapa orang suka bertengkar? Kenapa orang suka berkelahi?
Banyak sebabnya. Ada yang disebabkan harta. Ada yang disebabkan anak. Ada yang disebabkan hati tu memang bau tak tau la nak cakap bau apa. Bukan setakat busuk. Penuh dengan dendam kesumat. Aku nak share something dengan korang semua. Ayat ni khas ditujukan kepada kita makhluk yang suka bergaduh, berkelahi dan bertengkar. Baca betul-betul. Hayati dan fahamilah ayat ni.

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka lakukanlah ia sebagai musuhmu". (Fathir: ayat 6)

Nampak tak? Siapa yang sepatutnya kita musuhi? Manusiakah? Bukan kan. Allah suruh kita bermusuh dengan syaitan je. Syaitan, Iblis dan yang seumpama dengannya. Manusia yang berwajah syaitan macam mana pulak? Yang ni pun kena musuhi juga. Sebab apa? Sebab dia manusia tapi perangai seperti syaitan. Tapi apa yang dilihat sekarang ni kebanyakan manusia bermusuhan sesama manusia but bila dengan syaitan..Fuh! Kamceng bukan main. Ikut je telunjuk si Iblis bila nak buat sesuatu. Iblis cakap berdendam, maka berdendamlah dia. Iblis cakap jangan kawan dengan Si Fulan. Maka dia pun ikut sahaja. Natijahnya, jadilah dia seorang yang penuh dengan dendam, busuk hati dan sebagainya.

So, kepada sesiapa yang sekarang ni dalam hatinya ada perasaan dendam, iri hati, busuk hati dan sebagainya, marilah sama-sama kita siram semua penyakit hati tu dengan air ketaqwaan supaya apa yang terserlah daripada diri kita nanti itu akan membawa kepada keredhaanNya.



Hati siapakah???


Ketujuh.
Pernah tengok semut tak? Semut ni ada banyak jenis. Ada yang berwarna merah. Ada yang berwarna hitam. Ada yang berwarna oren dan sebagainya.



Semut ni merupakan makhluk yang amat rajin. Dulu time belajar Bahasa Melayu aku pernah diajar peribahasa Rajin Seperti Semut. Memang semut ni rajinlah. Sikap ni bagus. Amat bagus. Tapi ada sebahagian kita yang rajinnya tu melampaui batasan sehingga syara' pun dilanggarnya. Setiap hari berusaha bersungguh-sungguh membanting tulang untuk mencari rezeki walaupun perkara tu bersangkut paut dengan syubhah, perkara haram macam rasuah tu. Orang macam ni memang tak kan kisahlah walaupun maruah diri dia telah tercemar. Apa yang penting baginya is money. Money is everything. Kehidupannya adalah untuk mengumpul harta. Ya! Inilah cita-citanya. Haram halal tolak tepi. Yang penting dapat harta!

Tapi Allah tu Maha Pengasih dan Penyayang. Allah bagi teguran untuk kita yang berperangai macam ni.
Punya penyayang Allah ni sampaikan tak nak kita masuk dalam neraka. Apa Allah cakap?


"Dan tidak satu pun makhluk bergerak(bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekiya". (Hud: ayat 6)


Allah kan dah tentukan banyak mana rezeki yang kita dapat. So, tak perlulah nak tama' dalam mencari rezeki. Apalah salahnnya masa yang kita gunakan untuk cari harta yang kiranya agak tidak patut tu kita gunakan untuk beribadah kepada Allah. Topup amalan. Dosa kita kan berguni. Jomlah sama-sama kita bertaubat.



Kelapan.
Yang last ni aku nak cakap pasal aqidah. Tauhid. Apa itu tauhid? Tauhid itu bermaksud mengEsakan Allah? Kenapa kita tak cakap mensatukan Allah? Kerana satu itu masih boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Maka maksud tersebut telah lari daripada makna tauhid itu sendiri kerana Allah itu tiada yang menyerupainya. Hanya Dialah Yang Maha Esa. Tauhid itu terbahagi kepada 3 bahagian.

Tauhid Rububiyyah.

Tauhid Uluhiyyah.

Tauhid Asma wassifat.

Untuk ketiga-tiga part ni InsyaAllah aku explain lain kali eh.
Okey. Apa yang aku nak cakap is pernahkan kita tengok orang pergi kubur, then mintak apa entah kat kubur tu. Biasanya orang yang main nombor ekor selalu buat perkara ni. Rasa macam tak betul pun ada. Mintak tolong pada orang dah mati. Tak ke macam tak siuman tu. Analoginya begini.

Orang dalam kubur tu tinggal di tempat yang sempit. Pakai kain kafan je pulak tu. Dinding pun tanah je. Wait! Yang keluasan kubur tu sebenarnya berdasarkan amalan kita. Tapi sekarang ni aku nak explain tentang sebuah analogi. Em. Orang dah mati tinggal kat tempat sempit. Kita pulak yang belum mati ni tinggal kat tempat yang luas. Baju pulak berwarna-warni. Dinding rumah alahai tak payah cakaplah. Ada yang marmar. Ada yang simen. Paling teruk pun kayu je kot. So sekarang ni siapa yang lagi mewah? Yang hidup lah kan? Bayangkan eh. Kita tinggal kat tempat mewah then kita mintak tolong kepada orang yang lagi susah? Wajar ke? Tak logik langsung! Tapi ni lah apa yang masyarakat kita dok buat.

Tu yang jadikan kubur as tempat mengadu. Ada juga yang jadikan pokok as tempat mengadu. Asal jumpa je pokok besar, tunduk kejap, sembah-sembah then letak duit dalam beberapa ringgit macam tulah. Kononnya nak dapat imbalan yang lebih besar. Nak kata bodoh ada akal. Nak kata tak bodoh macam menipu pulak. Aduhai.


"Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluanNya. SesungguhNya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu". (At-Thalaq: ayat 3)


Jelaskan? Hanya Allah tempat kita bertawakkal dan meminta tolong. Bukan kubur. Bukan patung. Bukan berhala. Bukan pokok besar dan sebagainya. Hanya Allah sahaja yang patut kita sembahi dan anuti.

Ni la antara ilmu yang aku nak share dengan korang semua. Sama-samalah kita topup amalan kita. Sentiasalah mohon hidayah kepadaNya. Jom weh! Topup iman.

Make sure ikhlas. Baru boleh makbul doa yang dipinta.








Fikirlah sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...