Monday, February 28, 2011

Iron + Oxygen ---> Iron Oxide

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam melangkah titian berduri
Terkadang diri diuji
Dengan pelbagai mehnah berguni
Hingga diri terduduk meratap sepi
Bibir tertawa jiwa menangis..
Perit terasa di sudut hati
Sesungguhnya jalan ini terlalu berduri
Untuk ditempuhi Si Pengembara sepi
Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri
Mungkin Dia hadirkan air mata tika itu
Untuk menjahit kembali
Sejadah iman yang kian terkoyak
Lantaran ada langkah-langkah
yang tersasar dari keikhlasan..
yang tersasar dari landasan kudusnya
yang tersasar dari matlamatnya
Semoga diri ditetapkan iman..
Di setiap kepayahan ada kemanisan.


Kadang-kadang aku bermonolog sendiri. Mengapa diciptakan oleh Tuhan hati yang mempunyai pelbagai fungsi. Aku memandang alam, memerhati gelagat, mendengar irama, merasa picisan kehidupan, merangkak perlahan-lahan kemudian bertatih untuk cuba berjalan mengenal hakikat diri ini diciptakan. Langkahku terus diorak menungkah badai yang sentiasa bergelora. Terus mencari nur penerang hati. Supaya diri ini sentiasa berada di landasan yang telah dimetrai ketika diri ini mula diciptakan.


Hati ini sifat fitrahnya lembut. Jika salah acuannya maka hancurlah bentuknya tapi jika teliti pengurusannya, maka manislah hasilnya. Di situlah diletakkan emosi, akal dan perasaan. Disebabkan inilah aqidah kita berkait rapat dengan hati. Mengapa? Kerana iman itu membenarkan dengan hati, mengaku dengan lisan kemudian beramal dengan anggota badan. Jadi di sini hati memainkan peranan yang amat penting dalam kaitannya dengan I’tiqad yang telah kita paksikan dalam diri kita.

Suatu ketika dahulu,
Ketika diri ini masih duduk bersama teman-teman, menadah tangan menerima ilmu daripada Sang Guru. Mungkin perlu kukhabarkan serba sedikit tentang Sang Guru ini. Beliau mengajar subject Biology. Kukira pengenalan ringkas ini sudah cukup untuk kalian menganalisa peribadi beliau.

Suatu hari, Sang Guru telah berkata,
“Human is iron.”

I keep thinking on this thing. Kenapa human adalah iron? Kenapa Sang Guru mengeluarkan statement yang sebegini rupa?

Setelah lama mencari, setelah lama bersoal jawab dengan diri akhirnya jawapan yang selama ini kucari telah kutemui. Bibir tertawa tapi hati menangis kerana baru menyedari tentang hakikat diri.

A drop of blood contains millions of red blood cells, or erythrocytes. These specialized cells are like flattened discs, which gives them a much greater surface area with which to exchange oxygen and carbon dioxide in the lungs and with body cells.  Red blood cells are able to carry oxygen so efficiently because of a special protein inside them: haemoglobin.  In fact, it is the haemoglobin that is responsible for the colour of the red blood cell.  Haemoglobin is composed of four polypeptide chains, which in adults consist of two alpha (a) globin chains and two beta (b) globin chains (i.e. a2b2).  Each polypeptide has a haem prosthetic group attached, where each haem can bind one oxygen molecule - so there are four haem groups per haemoglobin molecule that together bind four oxygen molecules. 

Kenapa haemoglobin yang responsible for the colour of the RBC?
Sebabnya haemoglobin contains a haem prosthetic group that has an iron atom at its centre.  When the iron is bound to oxygen, the haem group is red in colour (oxyhameoglobin), and when it lacks oxygen (deoxygenated form) it is blue-red. Now let us think about this haemoglobin. The basic structure for this part is iron. Iron dalam Bahasa Melayu adalah besi. So, when iron undergoes oxidation reaction, it will form iron oxide.

Iron + Oxygen ---> Iron Oxide
4Fe + 3O2 ---> 2Fe2O3
Oxidation of iron caused rusting. Cuba kita lihat warna besi yang dah berkarat. Warnanya perang or red-brownish, rite? The same thing happens on RBC.  As blood passes through the lungs, the haemoglobin picks up oxygen. Maka berlakulah oxidation reaction yang menyebabkan warna darah tu menjadi merah.
So apa kaitannya dengan apa yang Sang Guru cakap?
Aku berfikir lagi untuk mencari maksud tersirat disebalik kata-katanya yang mengatakan bahawa manusia itu adalah iron. Kalau nak kata aku ni iron man yang macam dalam TV tu nampak sangatlah aku bohong mughollazoh. Mana ada orang macam tu. Yang tu semua hanya rekaan semata-mata untuk mengaburi mata kita semua serta meracuni fikiran kana-kanak yang secara fitrahnya itu suci bersih.
Human is iron. Benarkah?
Benar. Sebab our basic structure of red blood cell is iron. So, human is iron. Make sense kan? Now let us look the relationship between iron and ‘hati’ manusia. Human liver is reddish brown in colour.  Blood is carried to the liver via two large vessels called the hepatic artery and the portal vein. The heptic artery carries oxygen-rich blood from the aorta (a major vessel in the heart). Ini bermakna dalam hati kita ada oxygenated blood.
Okey. Apa jadi sekiranya oxygenated blood in our liver increased? Hati semakin berkaratlah kan? Samalah seperti besi juga. Semakin lama besi itu didedahkan kepada udara with the presence of water, semakin banyaklah pengaratan yang berlaku. Besi ni kalau dah berkarat mana cantik. Buruk. Useless. Boleh mendatangkan penyakit. Senang cerita besi ni bila dah berkarat boleh mendatangkan bahaya.
Hati kita kan part of besi juga. So, bila hati tu berkarat maka terbitlah segala perkara yang tidak menyenangkan. Bau busuk semacam je. Busuk. Bau karat memang busuk. Siapa yang cakap bau karat tu wangi, adalah tanda-tandanya tu. Something wrong somewhere la tu. Apa contoh perkara-perkara yang tidak menyenangkan tu? Buat-buat lupa pula. Perkara-perkara yang kita selalu buatlah.
Mengumpat
Dengki dan khianat
Takbur dan sombong
Riya’ dan ‘ujub
Banyak lagilah. Inilah perkara-perkara yang kita selalu buat. Dah la hati tu dah memang berkarat. Ni nak tambahkan karat lagi. Macam mana ni? Bukankah besi yang bersinar dan berkilat itu lebih berharga? Lebih dicintai dan disayangi? Kilauannya pun akan memikat hati. Tak perlu memandang kepada benda-benda yang kompleks. Tengok sahaja white gold. Ramai yang meminatinya walaupun harganya mencecah ribuan ringgit. Begitu juga dengan hati. Sekiranya hati itu bersih, tidak dicemari dengan dosa noda hitam, tidak dikotori dan dipenuhi dengan sifat-sifat mazmumah, maka nur kilauannya akan terserlah indah. Menghiasi peribadi seseorang itu sendiri. Satu perkara kita perlu diingat. Apa yang berada di dalam hati ini akan membentuk peribadi luaran kita.
Sekiranya yang di dalam itu penuh dengan dendam kesumat, penuh dengan segala jenis polluted substances, penuh dengan segala sifat mazmumah, maka apa yang akan terserlah daripadanya juga adalah yang hitam. Inilah yang dinamakan akhlak. Sekiranya akhlaknya baik, apa yang terzahir daripadanya juga akan baik begitu juga sebaliknya. Lihatlah betapa hati ini memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seseorang.
Rasulullah s.a.w bersabda,


“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."


(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)



Ulama mengkategorikan hati manusia terbahagi kepada beberapa jenis;


1. Hati yang sahih (qalbun sahih)

Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t. Hati pangkat ni 1st class punya level. Apa ciri-ciri Sang Pemilik hati jenis ini? Merekalah yang buat segala kebaikan tanpa paksaan dan suruhan. Contohnya nampak atuk tua nak melintas jalan, dia terus papahkan. Almaklumlah orang dah berumur. Buat ibadah tak pernah nak berkira. Semuanya dilakukan hanyalah dengan keikhlasan semata-mata libtighai mardhatillah.


2. Hati yang mati (qalbun mayyit)

Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu. Hati jenis ni memang superb kenyal. Potong dengan pisau tak lut. Apabila dicampakkan sesuatu ke dalamnya, ianya akan rebounce. Sebab apa? Dah terlalu kotor. Over oxidation. Syaitan dan nafsu yang memandu hati jenis ini. Bagi yang payah sangat nak dengar nasihat, tak nak dengar suruhan Allah dan rasulnya, better masuk ICU and try to seek for the best cure. Lama –lama dalam ICU pun tak mengapa yang penting hati tu hidup balik.

3. Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila. Yang ni pulak memang ramai dalam kalangan kita yang memilikinya. Tak payah nak menafikan. Contohnya amat jelas. Ramai orang Islam yang mengaku dirinya Islam tapi tidak ramai yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam. Hati yang sakit ni sekejap baik sekejap tak baik. Sifatnya tidak constant. Justeru itu, benih-benih penyakit yang tumbuh ini perlulah dicantas supaya kelak ianya tidak akan menyebabkan kompleksi yang boleh membawa kepada qalbun mayyit.

Pilihan itu terletak dalam tangan kita. Nak jadi hati yang bersih seperti besi yang berkilat atau hati yang kotor seperti besi yang berkarat? Perlu diingat setiap perbuatan yang kita lakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Ini MoU yang sudah pasti.

“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.”( Surah al-Zalzalah (99):7-8).

See? Betulkan? Ayat ni ada dalam Al-Quran. Bukan aku yang saja-saja reka. Tapi ini adalah apa yang Allah telah sampaikan. Masih tidak cukupkah ayat peringatan ini untuk kita berhenti melakukan dosa dan menambah amalan kebaikan? Peringatan yang macam mana lagi yang kita mahukan? Fikir-fikirkanlah. Masing-masing Allah dah kurniakan akal fikiran. Panduan pun Allah dah berikan. Tauladan pun telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Yang perlu make a move itu adalah diri kita sendiri. Bukan orang lain, bukan binatang peliharaan kita tapi kita sendiri. Kita sendiri.


Hati itu lembut sifatnya,
Suci fitrahnya,
Sekiranya tidak dibajai
Dan dilumuri dengan wangian
Nur keimanan,
Pastinya kerapuhan merajai takhtanya,
Lantas,
Peribadi nan indah tercalar,
Memberikan calitan noda hitam
Berpaksikan nafsu dan syaitan.
Kejernihan itu
Menyinari alam kegelapan,
Biarlah kilauan hati ini
Mampu menyinari kehidupan
Kelam nan sepi
Seperti dia Sang Nabi
Muhammad penyeri syurgawi ukhrawi.


"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula melihat kepada rupa paras kamu akan tetapi perkara yang dilihat oleh Allah ialah hati kamu. Lalu baginda mengisyaratkan ke arah hati baginda dengan jari-jari baginda."

(riwayat Muslim, no: 2564)



2 comments:

Farahin Ahmad said...

nice entry mut!
:)

Anonymous said...

tahniah admin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...