Saturday, February 11, 2012

Laksmana Sunan

Bismillahirrahmanirrahim

Korang pernah dengar nama Ramlee Awang Mursyid? Seriously karya beliau bagus. Terutamanya siri Laksmana Sunan. Okey. Aku cerita ikut kronologi.

1st novel
Teringat dulu time aku baca novel ni kat asrama. Bila semua orang dah tido aku takut nak tido sebab teringat kat Nyi Burgalara (watak jahat). Ngeng je kan.

2nd Novel
Ha. Yang ni sedih. Isteri Laksmana Sunan mati kene bunuh dengan mak angkat dia iaitu Maharani. Maharani ni jahat. Dia orang suruhan Taghut.

3rd Novel.
Dalam novel ni. Laksmana Sunan pergi ke era 21. Time tu dia hampir terkahwin dengan Haryani. Haryani ni watak utama dalam Bagaikan Puteri.

4th Novel
Kombinasi dalam novel kali ni agak menarik. Ada latar time Portugis serang Melaka. Selain tu, penulis memperkenalkan watak Maryam, seorang perempuan Portugis yang memeluk Islam.

5th Novel
Cerita dalam ni combination of abad lampau dan abad 21. Time ni Taghut masuk Islam and mati. Indera, bangsa Polip plak still hidup dalam abad ni. Dia yang teruskan perjuangan Sunan.

The upcoming novel is Sunan Musafir. I can't wait that. Bila kaji balik semua novel ni, cara Islam diperluaskan sama macam Rasulullah mengembangkan Islam. Dalam sejarah Islam, Rom dan Parsi dapat dijajah oleh orang Islam pada zaman pemerintahan Salahuddin Al-Ayyubi. So, bagi sesiapa yang nak baca buku islamik yang ayatnya tak berapa berat, maka aku suggest these novels. Korang mesti banyak beristighfar, bertasbih, bertahmid dan berzikir time baca novel ni. Seriously best. No doubt!

Wallahua'lam.

P/S: Aku dah jumpa orang yang perwatakannya macam Laksmana Sunan. Kadang-kadang aku macam rasa yang beliau adalah Laksmana Sunan. Ngeng!

1 comment:

nazmin said...

buat rumusan tk novel2 sme.. bleh dpt gmbaran sblum org len bca lak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...