Tuesday, May 28, 2013

Cerita Bingung

Bismillahirrahmanirrahim 

Sollu 'alan nabiey. Hamdillah wa syukurillah.

Hari itu adalah hari Sabtu. Ya. Secara umumnya hari Sabtu sungguh membahagiakan terutamanya bagi pelajar university seperti aku. Melangkah kaki keluar bilik, terserempak aku dengan housemate. Dia berbangsa India tetapi beragama kristian.

Kerusi di ruang tamu ditarik lalu kududuk berhadapan dengannya. Kukira bahasaku agak formal. Tak mengapa. Si dia masih khusyuk mengupas bawang.

“Masak ke deng?”. Aku memecah kesunyian.

“Ha’ah. Perut pun sudah lapar”. Biasanya itulah dialog yang diutarakan.

“Masak apa?”. Typical question.

“Kari kacang dal.”

“Eh, mana roommate awak? Pukul berapa dia balik malam tadi?”, soalku memanjangkan bicara.

“Entahlah. Pagi-pagi dah hilang. Orang ada boyfriend. Macam tu la. Lewat jugak. Dalam pukul 1 lebih”.

“Awak nanti jangan macam tu. Kita ni perempuan. Kena pandai jaga diri”. Ballighu ‘anni walau ayah. Ek?

“Ya la. Saya pun tak suka macam tu. Kalau boyfriend saya nak pegang tangan pun saya tak bagi”.

“Eh! Sesungguhnya awak hebat. Teruskan usaha itu”. Jawapan yang macam kurang membina.

“Semalam awak pergi kuil buat apa? Bukan awak ni agama kristian ke?” soalku lagi.

“Saje je teman kawan saya pergi sana. Nanti lain kali kalau saya pergi kuil saya nak jadi penyayi kat kuil tu”.

“Wah! Keyakinan itu perlu. Boleh eh nak nyanyi?”. Tanyaku sambil ketawa. Dia pun tertawa sama.

“Boleh. Senang saja. Ambil mic, kemudian nyanyi”. Kami ketawa lagi.

“Kenapa awak tak masuk je agama Hindu?” soalku.

“Itulah. Saya pun pernah terfikir tentang ni. Saya ada cakap dengan boyfriend saya kalau dia tak nak tukar agama maka hubungan kami ended”. Tegasnya. Boyfriend si dia adalah seorang hindu.

“Sampai macam tu sekali?”

“Mestilah. It’s difficult for me to shift from my God to the other God. Dari kecil pun saya macam ni. Saya tak boleh ubah”. Dia bercerita dengan penuh bersemangat.

“Ouh. Tuhan dalam agama Hindu tu macam mana dan Tuhan dalam agama kristian tu macam mana?”

“Kalau dalam agama hindu tu ada Tuhan yang melindungi kita dari kejahatan. Dia pakai kot besar warna hitam and lidahnya terjilir keluar sampai anak tekak”.

“Eh, seram tu. Nasib baik awak bukan macam tu. Kalau tak sama-sama menyeramkan.” Kami ketawa.

“Ada jugak tuhan-tuhan lain.”

“Banyaknya tuhan. Kalau macam tu tuhan yang macam tu tak cukup power la kan?” Tanyaku sambil tertawa.

“Haha. Saya pun tak tau. Tapi bagi saya semua agama pun sama. Dalam semua agama ada Adam, Hawa dan yang lain-lain.”

“Ish. Takkan sama agama kami dengan agama lain. Kami memang ada Adam tapi Nabi Adam tu utusan. Bukan Tuhan. Sama juga macam Nabi Muhammad dan Nabi Isa. Beza tu”.

“Ouh. Yakah? Maksudnya Adam tu bukan Tuhan? Selama ni saya ingat Adam tu Tuhan.” Dia menambah.

“Ya. Adam bukan Tuhan. Tapi Tuhan mengutuskan Nabi Adam sebagai nabi kepada umatnya. Nabi Adam, Nabi Isa dan Nabi Muhammad semuanya adalah manusia tetapi mereka diutuskan sebagai nabi. pembawa kebenaran. Mereka tidak disembah tapi mereka menunjukkan jalan yang benar.”

“Okey. Tuhan dalam agama awak pula macam mana?”, soalku bersahaja.

“Em. Kalau dalam agama kami ada Jesus, Mother of Jesus, Holy spin and God”. Terangnya lagi.

“Banyak juga tu. Saya confused. Awak kata tadi ada God tapi dalam masa yang sama awak sembah Jesus. Macam mana tu? Awak kata tuhan awak satu tapi dalam masa yang sama terbahagi kepada tiga. Mana satu yang betul? Awak tak rasa confuse?”, tanyaku sambil berseloroh.

“Jesus tu anak God. Mother of Jesus yang lahirkan Jesus. God hantar anak dia sendiri untuk tanggung semua dosa manusia sebab kita semua ni berdosa.”

“Jadi kenapa sembah Jesus? Awak kata Jesus tu bukan Tuhan. Siapa yang Tuhan sebenarnya ni? Is it confusing?”. Kelihatannya dia menggaru-garu kepala.

“Tak. Macam ni. God tu ayah Jesus. Jesus tu sebagai perantara dan penebus dosa. Mother of Jesus pula mak Jesus. Dia lahirkan Jesus tanpa sebarang perhubungan. God hantar Jibril sebagai perantara.” Terangnya dengan bersungguh-sungguh.

“Maksudnya God ada anak? Dan anaknya itu adalah Jesus?”.

“Ya. Benar. Macam tu la”.

“Jadi kalau macam tu apa beza awak dengan Tuhan awak? Apa beza Tuhan tu dengan manusia? Kalau manusia boleh beranak, dan Tuhan juga mempunyai anak, maka apa bezanya?”. Dia mulai berfikir.

“Lepas ni kalau awak dah ada anak, awak pun boleh jadi Tuhan la? Ke macam mana? Confuse bukan?”

“Saya tak tahu. Saya tak tahu. Dalam agama kami memang ada diajar tentang larangan mencuri dan sebagainya tetapi dalam hal sebegini kami tidak dibenarkan untuk bertanya. Kami hanya disuruh menerima”.

“Jadi awak nampak tak perbezaan antara agama Islam, Hindu dan Kristian? Tuhan kami hanya satu iaitu Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Dia itu tidak dicipta tetapi menciptakan. Tuhan itu tidak beranak dan tidak diperanakkan. Barulah ada beza antara Tuhan dan manusia. Tak membingungkan bukan?”. Dia kelihatan mengangguk.

Kusambung lagi.

“Awak kena faham maksud God itu sendiri. God itu kewujudannya tiada permulaan dan pengakhiran. Kalau awak kata agama Islam dan agama lain sama, maka itu tak benar. Kami tidak menyembah manusia tapi agama awak menyembah manusia. Kami mengatakan Tuhan itu tidak mempunyai anak kerana Tuhan bukan makhluk, tapi awak kata Tuhan itu ada anak yang namanya Jesus. Jadi agama awak menyamakan Tuhan dengan makhluk. Kalau macam tu tak mustahil awak pun boleh jadi tuhan.” Terangku lagi.

“Saya pun confuse tentang ni. Kadang-kadang saya tertanya-tanya juga tapi bila saya tanya pakcik saya, dia akan marah”. Jelasnya sambil menunjukkan kebuntuan.

“Itulah gunanya akal yang Tuhan bagi. Gunakan sebaiknya. Dalam agam Islam memang ada diceritakan tentang nabi Isa, Mother of Jesus dan sebagainya. Tetapi cerita kami berbeza. Tidak sama seperti cerita kalian. Nak dengar yang versi Islam punya?” soalku sambil tersenyum.

“Nak. Nak. Nak”, jawabnya teruja.

Lantas dikisahkan kepadanya kisah Nabi Isa dan Maryam. Sepanjang penceritaan berlaku dia hanya diam sambil mengupas kentang. Minatnya sudah ada. Moga hidayah itu dicampak ke dalam hatinya. Ku berdoa dalam diam.

“Sekarang awak nampak perbezaannya? Jesus itu bukan Tuhan. Tapi Allah itulah Tuhan yang Satu. Doktrin yang diterapkan dalam agama awak membingungkan. Awak tak rasa macam tu?”

“Ya. Saya rasa macam tu jugak. Bab ni memang membingungkan. Tak apa. Balik nanti saya nak tanya parents saya.”

“Bagus tu. Nanti dah dapat jawapan bagitahu pada akak. Nak tau jugak. Tapi rasanya parents awak pun akan confuse. Ngee. Kadang-kadang kita tak boleh taklid melulu. Maksudnya ikut sesuatu perbuatan tanpa tahu dasarnya. Setiap sesuatu harus didasari dengan ilmu. Keluarlah dari kepompong yang membingungkan.”

Kutersenyum. Dia juga begitu. Bukan sengaja ingin kutimbulkan provocation. Tapi at least aku cuba untuk menyedarkan. Andai kata sayang, maka buktikan. Andai kata cinta, maka selamatkan. Biarlah fikirannya bercelaru. Bingung. Semoga dengannya dia akan lebih tekun mencari. Gigih mengenali jalan yang hakiki. Harapanku satu. Semoga dia dipertemukan dengan Rabnya dalam keadaan yang diredhai. Amin.

Wallahua’lam.


Tuesday, October 9, 2012

Give Our Hand

Bismillahirrahmanirrahim

Hamdillah wa syukurillah. Sollu 'alan nabiey.


Faiz Sahlan Charity Fund (8 - 19 hb Oktober 2012)


Kempen Faiz Sahlan Charity Fund (FSCF) ini digerakkan atas dasar keprihatinan beberapa orang sahabat karib Faiz Sahlan. Kempen berbentuk 'fund raising' ini bertujuan untuk meringankan beban kos rawatan yang ditanggung. Terbuka kepada warga UNIMAS atau bukan warga UNIMAS. Semoga kebaikan kita dapat membantu beliau.


-Bantuan anda kini boleh disalurkan melalui

1) terus kepada ayah beliau: Encik Sahlan Bin jahari: 013-8547337
2) Pengarah FSCF: Zahidi Zakaria: 0134091979

3) akaun RHB: 16241 0000 2979 0 Haris Sharim: 010 5912309

-Pegawai audit bagi kempen 'fund raising' ini:
Encik Mohd Azrin bin Mohd. Said: Gr-Engr Mohd Azrin,
Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan UNIMAS
**Update kutipan akan kami post di Fb stiap malam mulai 9hb oktober 2012

4) kami juga akan mengerakkan tabung kutipan di setiap kolej sekitar UNIMAS termasuk di kolej perubatan kampus Kuching.

Kami akan 'publish'kan senarai beberapa orang sukarelawan kami, bagi memudahkan anda menyalurkan bantuan dlm jngka masa terdekat.

Yang benar:
Mohamad Abid Kamaruzzaman, Setiausaha FSCF &
Amirulhasan Mat Sulaiman, Bendahari FSCF 





Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi admin,

*iman (013-4601443)

Wallahua'lam

Friday, October 5, 2012

Silence Talk

Bismillahirrahmanirrahim

Sollu 'alan nabiy. Hamdillah wa syukurillah.

It's been a long time I didn't write. Ini tak bagus untuk minda. Menjadikan aku untuk malas berfikir. Bukan tak mahu menulis tetapi agak kemalasan serta ada tugasan lain yang menghalang. Alasan lagi.

Umur bukan semakin panjang. Tetapi semakin pendek. Jadi, pernah tak terfikir tentang nikmat yang satu ni? Yeah. Apa yang kita dah buat? Diberkati? Hari ini mungkin 21 tahun. 63 tolak 21. Em. 42 tahun lagi boleh hidup. Pasti? Ajal itu tak pernah buat sesi perkenalan diri. Bersediakah?

I'm not willing to write a long post. This is just a simple post. Sometimes pictures talk better than human being. Let's see, screw, chew, think and do. Seeing only is nothing but seeing with thinking will surely give us a big impact in our life. Here it goes.















Lalu saya bertanya lagi “Lalu mengapa agama yang sedemikian hebat malah terpuruk, menjadi pesakitan, hina dan menghinakan dirinya sendiri?”. Dengan tersenyum dan penuh ketenangan ustadz muda itu menjawab “Islam tidak sama dengan Muslim. Islam sempurna, mulia dan tinggi, tidak ada satupun yang tidak bisa dijelaskan dan dijawab dalam Islam. Muslim akan mulia, tinggi juga hebat. Dengan satu syarat, mereka mengambil Islam secara kaffah (sempurna) dalam kehidupan mereka”
 
Kan ada ayat dalam al-quran tu bunyinya lebih kurang macam ni, masuklah kamu dalam agama Islam sepenuhnya. Bukan ¼, ½ ataupun ¾ tapi 4/4=1
 
Wallahua'lam.

Sunday, June 3, 2012

Memori Sepi

Bismillahirrahmanirrahim

Sollu 'alan nabiy. Hamdillah wa syukurillah.

Di sini ku teruskan langkah. Terus menggapai cita-cita melangit. Tidak terasa 7 jam lamanya bermusafir bersama angin gersang. Sungguh kenangan lalu terus menerjah. Membawa sepi sekeping hati kembali meneroka memori-memori lampau. Ya Allah ya Ilahi, rindu itu adakalanya indah dan manis tapi bersisa juga pahitnya bukan sekejap cuma tapi berbekas di hati.

Di hari permulaan...


Ku tidak mengenali. Tidak jua mengerti. Mencari-cari dan menafsir hati. Perjalanan terus bermula. Ku semakin mengorak langkah bersama bebanan indah. Berkenalan dan bersapa mesra. Dalam indah berkenalan, rupanya Allah itu Maha Adil. Diselangkannya dengan pengubat hati jiwa yang lara lantas meneguhkan lagi iman di dada bersama sabar yang terus dipasak.

Dipertemukan dengan dia : Tikah, Ct and Gee. Kalian mencorak kenangan indah dalam hidupku.

Kepada si dia yang mengerti : Farahin Ahmad. Hadirmu mengubat kedukaan di jiwa.

Hati tertaut: Sakinah Radzuan. Sometimes I do not know how to spill. Always. Barakillah.

Kehadiran kalian: Kak Umi and Kak Ira. I owe you big time kak umi. Rashes. That memory cannot be diminished. 

Persahabatan ini terus terpatri : Thirah and Fatin Nadia. Together we grown up. Indah. 

Kadang-kadang kenakalan adalah resmi tautan ukhuwwah : Midah, Epi, Peanut, Chikin. Kau ceria hati berduka. Bersama dikongsi jiwa yang terluka. Kenakalan yang memupuk jema'ah ke masjid.

Tempat ini mencatat seinfiniti kenangan yang mana mungkin dapat kulupakan. Adakalanya terdengar bisikan-bisikan indah alunan azan. Dikala senja menghampar, jiwa terus diulit pilu yang berbekas. Sungguh ia destinasi sepi yang berkata. Ingin kuluah, ingin kulontar. Ustaz Azlan. Juma'at. Zikir Munajat. Gotong-royong. Allahumma inni 'auzubika minal hammi wal hazan. Ingin sekali kujejakkan langkah ke sini.


Di sini persahabatan tertaut. Di sini si dia memujuk. Di sini perkenalan terbina. Bangunan ini mungkin nampak lesu. Sekadar bangunan tembok batu. Tapi di sinilah dzouq ukhuwwah fillah terjalin. Maha Suci Allah yang mempertemukan mereka di sini.

Syahidah. Kunjunganmu ke bumi seberang merungkai sebuah kerinduan. Jazakillah kheir. Cik Dal, Tiha, Iqa, Teha, Fiza, Sakinah dan sebagainya. Kalian terlalu bermakna dalam hidupku.

MTD...
Sukar untuk kugambarkan dirimu. Di sini kubelajar. Terus mengorak langkah mengangkat wahdah islamiyyah. Al islamu yu'la wa la yu'la 'alaih.

MTD dan Masjid Khulafa' Ar-Rasyidin,
Kau temukan aku dengan insan ini Ya Rabbul Izzati.
Nihal : Di saat kujatuh kau menerpa. Peristiwa itu kembali berlayar. Menitis air mata tatkala terpaut ikatan mahabbah.

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Ma'akum najah fid dunya wal akhirah ya ashabal kirom..

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan
Sahabat yang paling baik adalah
Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan
Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri
Bergaullah dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu
Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemsesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan
Secebis halawah buatmu teman.



Hati yang merintih sepi. Puputan bayu meninggalkan seribu gundah bersama memori-memori silam. Mutiara itu jatuh buat kian kalinya. Biarkan. Bicaraku tidak indah. Tidak juga kupandai bermadah. Apa yang kuharapkan ukhuwwah yang terjalin itu tak terkubur lesu di ingatan.

Kepada yang mencari FB, di sini ingin ku khabarkan. Tidak pernah kumemilikinya melainkan sebuah Sonny Ericsson sebagai penyambung ikatan. Ku memohon seinfiniti kemaafan andai kehadiran mesej-mesejku mengganggu kalian. Terima kasih teman.

Wallahua'lam.

Monday, April 23, 2012

Drop by?

Bismillahirrahmanirrahim.

Sollu'alan nabiy. Alhamdulillah wa syukurillah.

Sungguh dah lama blog ni tak diupdate. Niat ingin menulis ada tapi masih ada kekangan-kekangan lain yang menghalang.

1 je ayat yang aku nak share.


"Sekiranya belum terjumpa, usahla tercari, andai tertakdir insyaAllah terkahwin"

Jodoh ni kerja Allah. Usahla risau tentangnya. Allah tu Maha Hebat. Sampai masa nanti datanglah jodoh tu. Okey. Fullstop. Tu je.

Wallahua'lam.

Saturday, February 11, 2012

Laksmana Sunan

Bismillahirrahmanirrahim

Korang pernah dengar nama Ramlee Awang Mursyid? Seriously karya beliau bagus. Terutamanya siri Laksmana Sunan. Okey. Aku cerita ikut kronologi.

1st novel
Teringat dulu time aku baca novel ni kat asrama. Bila semua orang dah tido aku takut nak tido sebab teringat kat Nyi Burgalara (watak jahat). Ngeng je kan.

2nd Novel
Ha. Yang ni sedih. Isteri Laksmana Sunan mati kene bunuh dengan mak angkat dia iaitu Maharani. Maharani ni jahat. Dia orang suruhan Taghut.

3rd Novel.
Dalam novel ni. Laksmana Sunan pergi ke era 21. Time tu dia hampir terkahwin dengan Haryani. Haryani ni watak utama dalam Bagaikan Puteri.

4th Novel
Kombinasi dalam novel kali ni agak menarik. Ada latar time Portugis serang Melaka. Selain tu, penulis memperkenalkan watak Maryam, seorang perempuan Portugis yang memeluk Islam.

5th Novel
Cerita dalam ni combination of abad lampau dan abad 21. Time ni Taghut masuk Islam and mati. Indera, bangsa Polip plak still hidup dalam abad ni. Dia yang teruskan perjuangan Sunan.

The upcoming novel is Sunan Musafir. I can't wait that. Bila kaji balik semua novel ni, cara Islam diperluaskan sama macam Rasulullah mengembangkan Islam. Dalam sejarah Islam, Rom dan Parsi dapat dijajah oleh orang Islam pada zaman pemerintahan Salahuddin Al-Ayyubi. So, bagi sesiapa yang nak baca buku islamik yang ayatnya tak berapa berat, maka aku suggest these novels. Korang mesti banyak beristighfar, bertasbih, bertahmid dan berzikir time baca novel ni. Seriously best. No doubt!

Wallahua'lam.

P/S: Aku dah jumpa orang yang perwatakannya macam Laksmana Sunan. Kadang-kadang aku macam rasa yang beliau adalah Laksmana Sunan. Ngeng!

Kehidupan hakiki

Bismillahirrahmanirrahim

Sollu 'alan nabiy. Alhamdulillah. Dah lama aku tak menaip. Idea ada tapi lebih kepada malas nak menaip. Sungguhlah jadi kawan setan. Anyway, before everything get starts I just wanna tell you that what I'm gonna write, or what have been written here are all about the situations that happened around me. So, I would like to seek for your apologize if the points written here causing you feel unhappy or any emotional feeling.

Baru-baru ni ada somebody ni tanya aku.
"What do you understand about balancing both duniawi and ukhrawi?"

Honestly deep in my heart, I don't know how to answer this question precisely. Tapi pada pandangan aku firstly we have to look back tentang tujuan kita diciptakan. Apa tujuannya? Untuk beribadah kepada Allah. Itu tujuannya. Hayati betul-betul. Orang yang faham tentang hakikat penciptaan ni confirm akan bersungguh-sungguh untuk penuhi cita-cita ni. Sebab apa? Sebab dia tahu bahawa dia seorang hamba. Jadi untuk mendapatkan kasih sayang serta rahmat daripada Boss, dia haruslah bersungguh-sungguh atas apa yang diperintahkan olehNya. Make sense kan?

The second group is those people yang melupakan tujuan penciptaan dirinya. Dia menjadikan dunia ni as the first and last destination. Bukan setakat tu malahan dia juga berfikir bertunjangkan nafsunya. Maka dunia berlari menjauhinya sedangkan dia menggonggong mengejarnya.

These are the comparisons that are always made by soliheen. A tabi'in named 'Aun bin Abdullah said,"Suatu ketika dulu, orang-orang baik telah menulis dan menasihatkan tentang 3 perkara:

1. Sesiapa yang beramal untuk akhiratnya, maka Allah akan mencukupkan dunianya.
2. Sesiapa yang memperbaiki hubungan dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungannya dengan manusia.
3. Sesiapa yang memperbaiki batinnya, maka Allah akan memperbaiki lahiriahnya.

So, renungkanlah serta hayati nasihat ni. Orang yang membuang Allah dari hatinya pasti sunyi selama-lamanya sekalipun seisi dunia mendongaknya. Namun, orang yang meletakkan Allah di tempat paling istimewa di hatinya sentiasa meriah dengan rasa bahagia sekalipun dipinggir seisi dunia.

Kita kena ingat yang nilai bahagia ni bukan terletak pada seramai manusia di sekeliling dan sehebat mana material di samping kita. Hakikatnya semua tu akan luput pada masa yang ditetapkan. Tapi kebahagiaan ini bergantung kepada se"besar" mana Allah di hati kita.

Kehidupan seseorang bermula ketika dia mati. Fikirkan. Hayati serta amalkan. 

Wallahua'lam.

Thursday, January 26, 2012

Kini Tinggallah Kenangan

Bismillahirrahmanirrahim



Terasa sebak di dada
Tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan
Abadi dalam ingatan
Kisah silam terbayang di mata
Teringat masa bersama

Kita tawa bergurau senda
Kini tiba saat berpisah
Hiba hati terasa gundah
Kini tinggallah kenangan
Yang tak mungkin di lupa
Semusim telah berlalu
Airmata mengiring restu



Rindu semakin menggamit. Sepi semakin menggigit.
Ya Allah tabahkanlah hati ini.
"Ya Rabbul 'Izzati, golongkanlah dia dalam kalangan solihin dan muttaqin."

Bayangannya sentiasa bersama. Aku rindu. Terima kasih ya Rabb memberiku peluang bersamanya.

Friday, December 16, 2011

Monday, October 31, 2011

Hayati Quran? Malas!

Bismillahirrahmanirrahim

Korban!

Korban!

Korban!

Masaku tidak boleh dikorbankan untuk baca Al-Quran.
Masaku tidak boleh dikorbankan untuk hayati isi Al-Quran.

Kepada diriku yang kedekut, kau tengok insan dalam gambar ni. Tengok!

He is sick but he still read the Quran. We are healthy but do we read Quran?

Kasihan diriku. Kufur pada ni'mat yang Allah dah bagi. Badan sihat, otak cerdas, harta banyak, tapi nak buat ibadah malas. 

Wahai diriku yang kedekut lagi hina, nak tunggu bila lagi untuk berubah macam insan ni?

Tunggu dah jadi mayat? Ruginya.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Surah Ar-Rahman: Ayat 16).

Think...

Saturday, October 22, 2011

Hubby-Lubby

Bismillahirrahmanirrahim

Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut bersama haruman lemon. Wangi! Nak buat apa petang ni? Basketball? Tak ada kawan nak join. Lagipun tak ada bola.

Baring.

Golek-golek.

Baca novel.

Baring lagi.

Golek-golek lagi.

Baca novel lagi.

Hmmm…

Kepala dijengah ke luar tingkap. Wow!
A loving couple is practicing on how to shot a ball. Tengok diorang main. Record guna camera sampai bosan.
Tengok jap siapa yang ada kat luar bilik. Eh? Ada kak A. dia tengah online. Actually lappy aku memang dah ada kat luar bilik so aku pun duduk je la depan dia. Typing something.

Vrett…vrett…(bunyi vibrate handset)

Si A membalas sambil tersenyum tersengih.

“senyum-senyum,”aku mencelah.
Dia hanya tersengih sambil tersenyum lagi.

“Kak Na ni jahatlah.”Dia berkata.
Aku hanya diam menunggu ayat seterusnya.

“Kak Na cakap kat B, yela pergilah shopping tu jangan cuci mata pulak. Pastu boleh pulak B ni jawab berenang sambil menyelam lagipun laki ada 4 kuota. Kak Na pulak jawab yela, pahala dah banyakkan. Nak buat cemane kan.”
B ialah seorang senior yang Islamic bagi aku. Off course berlainan jantina.

“Rasanya ni dah tak termasuk dalam mesej yang tak penting kot,”aku membalas.

Aku confiused. Mungkin mereka sedang bercinta. Mungkin mereka dah bertunang. Atau mungkin mereka dah berkahwin. Tapi secara faktanya alasan kedua dan ketiga itu memang tak munasabah langsung sebab…
Tak ada 1 bukti or fakta yang mengatakan mereka ni dah bertunang atau berkahwin.

Inilah perkara yang selalu berlaku dalam kalangan kita. Aurat Alhamdulillah dah tutup semua. Usrah pun join. Solat pun cukup. Tu tak tambah lagi dengan semua amalan-amalan sunat.
Tapi selalu juga…

Mengata orang yang kita rasa amalannya or tahapnya kurang daripada kita.

Membenci orang atas sesuatu kesilapan yang dilakukan orang tersebut.

Menjaga ikhtilat dengan lelaki atau muslimin lain tapi tidak dengan lelaki yang dicintai.

Samalah juga macam muslimin. Apa sebenarnya semua ni? Sungguh aku agak tak faham dengan keadaan macam ni.

Kadangkala aku terfikir keadaan macam ni terjadi sebab kita ni dah rasa yang kita dah cukup bagus sampaikan kita tak nampak dengan kesalahan sendiri.

The only thing we know is blaming others on their wrongdoings. Aku rasa aku dah lari point.

Perkara yang aku nak cakap sebenarnya is about ikhtilat. Perlu diingat ya sahabat sekalian. Tudung labuh, bidang 60, songkok, kopiah, jubah dan sebagainya tidak menghalalkan kita untuk ‘bercouple secara Islamic, bermesej yang tak penting dan yang seumpama dengannya.’

Batas-batas syara’ tu perlu dipelihara. Dulu akak aku ada cerita pasal students kat mesir. Dia kata banyak juga perbandingan antara students yang ambil bidang agama and medic. Most of the time students agama selalu pandang lekeh pada budak medic. Kononnya diorang ni tak alim macam tu la. Bukan semua yang cakap tapi sebahagian.

Tapi akak aku cakap dia respect students medic(wrong grammar). Sebab apa? Sebab diorang ni tak ada pun istilah couple Islamic. Diorang just isi borang baitul muslim. Then bila sampai umur yang diorang tetapkan nak kahwin, ustaz and ustazah arrange kan perkahwinan diorang. Ni medic students. Tapi students agama?

Berkenalan dulu. Bercinta secara Islamic dulu. Keluar dating boleh tapi syaratnya mesti berteman. Selalunya adik kecil yang dijadikan teman. Bermesej. Walaupun tidak menggunakan sayang-mayang, hubby-lubby, tapi perkataan ukhti atau akhi digunakan. Tak pun ustaz ustazah. Ouch! So sweet!

Nonsense.
tak ke tu sama je dengan mendekati zina? Tak ke tu adalah kategori couple juga? Bezanya hanya perkataan sahaja. If orang selalu gunakan sayang-mayang hubby-lubby, istilah yang digunakan oleh orang yang berperwatakan Islamic pula akhi-ukhti ustaz-ustazah. Sekali lagi aku bertanya, tak ke sama je dengan couple?

Sekali lagi juga aku mengulang bahawasanya bukan semua orang yang buat.

Kita kena ingat apa yang kita buat ni akan affect orang lain juga. Please jaga our maruah. Dan please jaga maruah saudara seislam.

Hukum syara’ tidak membenarkan sesuatu yang haram menjadi halal kecuali ada syarat-syarat yang membolehkan ianya menjadi halal.

Contohnya perkahwinan. Selagi mana seorang yang bukan mahram itu belum berkahwin dengan kita, maka selagi itu jugalah dia haram bagi kita. Namun sekiranya dia dah berkahwin dengan kita maka hukum haram tersebut menjadi halal.

Sama-samalah kita recheck diri kita ni. Dalam kategori manakah kita berada? Tanya diri tepuk dada.

Dah magrib.

Ni aku attach link Baitul Muslim. For those yang nak kahwin, ha bolehla cuba jenguk-jenguk link ni.

Selamat mencuba!


May Allah bless us our life.

Wallahua’lam.


Wednesday, October 19, 2011

Wind Of Change

Bismillahirrahmanirrahim

Mom: I love you so much!
Dad: I love you so much!
Without you, I won't be able to exist in this  world.
O Allah, please forgive our wrongdoings.

A long time ago, there was a huge apple tree. A little boy loved to come and play around it everyday. He climbed to the treetop, ate the apples, took a nap under the shadow...he loved the tree and the tree loved to play with him. Time went by...the little boy had grown up and he no longer played around the tree every day.


One day, the boy came back to the tree and he looked sad . "Come and play with me" the tree asked the boy. "I am no longer a kid, I do not play around trees any more" the boy replied. "I want toys. I need money to buy them." "Sorry, but I do not have money... but you can pick all my apples and sell them. So, you will have money." The boy was so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The boy never came back after he picked the apples. The tree was deeply saddened.


One day, the boy who now turned into a man returned and the tree was excited "Come and play with me" the tree said. "I do not have time to play. I have to work for my family. We need a house for shelter. Can you help me ? " " Sorry, but I do not have any house. But you can chop off my branches to build your house." So the man cut all the branches of the tree and left happily. The tree was glad to see him happy but the man never came back since then. The tree was again lonely and upset.


One hot summer day, the man returned and the tree was delighted. "Come and play with me!" the tree said. "I am getting old. I want to go sailing to relax myself. Can you give me a boat ?" said the man . "Use my trunk to build your boat. You can sail far away and be happy." So the man cut the tree trunk to make a boat. He went sailing and never showed up for a long time.


Finally, the man returned after many years. " Sorry, my boy. But I do not have anything for you anymore. No more apples for you ..." the tree said. "No problem, I do not have any teeth to bite" the man replied. "No more trunk for you to climb on" "I am too old for that now" the man said. "I really cannot give you anything... the only thing left is my dying roots" the tree said with tears. "I do not need much now, just a place to rest. I am tired after all these years" the man replied. "Good! Old tree roots are the best place to lean on and rest, Come, come sit down with me and rest." The man sat down and the tree was glad and smiled with tears...


This is a story for everyone.
The tree is like our parents.
When we were young, we loved to play with our Mum and Dad...
When we grow up, we leave them...only come to them when we need something or when we are in trouble.
No matter what,
parents will always be there and
give everything they could
just to make you happy.


You may think the boy is cruel to the tree, but that is how all of us treat our parents. We take them for granted we don't appreciate all they do for us, UNTIL it's too late. May Allah forgive us of our shortcomings and may He Guide us, Inshaallah. Amin.

Taken from islamicinformation.net

Sunday, October 16, 2011

Perhatian!!!

Bismillahirrahmanirrahim

Muslim out there, please spread this news. Your kindness is really appreciated.


PERHATIAN!! ini bukan ayat al-Quran...

PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.



Wallahua'lam.

Monday, September 12, 2011

Love Our Parents

Bismillahirrahmanirrahim

Ramadhan berlalu pergi
Syawal kian berlari
adakah diri ini akan merasai lagi
terawih nan syahdu dinihari
membasuh dosa dan noda sang abdi
Ya Tuhan Robbul 'Izzati
Diri ini sujud meyembah bumi
menghadap Sang Pencipta Ya Ilahi
Izinkanku untuk terus berbakti
Selagi hayat belum dimamah bumi
Kuatkan langkah sepi ini
Agar terus tertegak Dinul Islam fi jihadi

Indahnya sebuah pertemuan. Sakitnya sebuah perpisahan. Itu sememangnya adat yang dah termaktub dalam hukum alam. Begitu juga halnya dengan pertambahan dan pengurangan dalam ahli keluarga. Kita ada parents, mak abah dan sebagainya. Kadangkala kita tersilap bicara, tersalah percaturan, maka berlakulah percanggahan pendapat.

Maka si ibu merendah diri menjawab,
"Ibu minta maaf. Ibu tau ibu tak ada sijil-sijil yang tinggi macam kamu. Ibu ni sekolah pun tak habis. Nak bagi pendapat memang ibu tak layak." Ada untaian mutiara yang jatuh namun segera diseka.

Maka si ayah bergundah,
"Ayah ni bukan siapa-siapa dalam hidup kamu. Kerja pun kerja kampung. Cikai-cikai. Ayah tau kamu malu dengan kerja ayah. Tak mengapa."

Si anak tetap terus bertindak seolah-olah apa yang dilakukan merupakan perkara yang betul. Ibu bapa? Peduli apa pasal diorang. 

"Aku dah besar!"
"I've my own life!"
"They are just someone that always insult my life, giving a rubbish opinions and so on..."

Ahh..
Life
Always makes people dumb
killing humbleness
destroys relationship that is built by ukhuwwah
all will be going
if only if iman is not being perform
in our daily life

We are given a parent to love, to feed, to protect them not to make their hearts hurt. Kadang-kadang kita tak perasan kita telah sakitkan hati mereka. Kata-kata, tindakan dan sebagainya. Selagi hayat dikandung badan berbaktilah kepada mereka selayaknya seperti apa yang termaktub dalam kitabNya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24). 

I have a video to share with you guys. Hope you can learn something from the video. Appreciate something before losing it is better than done nothing. May your life be blessed. Wallahua'lam. 


Friday, September 2, 2011

Siapa Setuju?

Bismillahirrahmanirrahim

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Kullu 'am wa antum bikheir. Taqabbalallahu minna wa minkum.

This is a very short entry. What is your opinion about changing the name and URL of this blog?
As for me, it would be better if we are not using the name of KMK and MTD for the URL and the name itself. It could be because these two names are strictly or specifically for KMK students. Instead of using both of these names, I am inviting all the readers to give any suitable suggestion or ideas about the new name and the URL of this blog. I am waiting for your response.

You are kindly invited to leave comment towards this entry.

Wallahua'lam.

Friday, August 19, 2011

Who Are You To Me?

Bismillahirrahmanirrahim


Who am I to you and what are you to me?
Lets get something straight amidst this ecstasy

I don't remember buying any ring or saying "I do"
What rights do you have over me and I over you?

The very same rights that my other friends have
We're friends! And not each other's half

Nothing more and nothing less
But if you want more than that then be my guest

But no more of this can I take
The more I love Allah the more of this I hate

The lust of love and the love of lust
I must escape this prison, I must!

My hand is yours for the taking
All I want is Allah's blessing

If we're on the same page, me and you
Ask me the question and I will say "I do"

Tuesday, August 16, 2011

Sampaikan Hajatku Ini


Bismillahirrahmanirrahim
Ramadhan kareem Wallahu Akram


Ya Allah tolong sampaikan

Hajatku untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran

This is a very nice song. It is all about Ramadhan. Lailatul Qadr. Perhaps our life will be last longer till the end of Ramadhan. 



"Macam Jam Radio Je"

Bismillahirrahmanirrahim

Ramadhan kareem Wallahu Akram

Today's post do not have specific idea. I just wanna share something interesting with all of you. Have a nice day. Enjoy watching this video.


"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya." (Luqman: ayat 34) 


Apa yang baik jadikan pengajaran. Wallahua'lam.

Sunday, August 14, 2011

Aku Yang Cantik! Aku Yang Handsome! Aku Yang...Ahh! Awesome!

Bismillahirrahmanirrahim

Cantik!
Handsome!
Awesome!

Ya Allah, bagi aku idea.

1 jam berlalu...

2 jam berlalu...

3 jam berlalu...

3.58 pm...

'Nah idea untukmu!'.

Sender: "Bersyukur sebab Allah masih bagi wajah yang cantik, handsome, awesome untuk kita. Ada pancaindera, senyum sikit depan cermin. Wah! Kita kena bersyukur sebab still cute bila senyum. Tapi fikirkan apa yang kita dah buat dengan muka cute ni."

Option: mark several.
A: marked
B: marked
C: marked
D: marked
E: marked
F: marked
G: marked
H: marked

continue > send to marked contacts > continue > messages sent

vrittt...vrittt...(handphone vibrates)

1 new message received

A: Botox? Hehe

Sender: Pernah rasa tak tapak kaki melekat kat pipi? Haha. Itu luaran. Try to think deeply.

A: Ooo...Kita show off muka pada laki, ea?

Sender: Boleh jadi gak. Adakah kita ni takbur dengan apa yang kita ada. Adakah wajah kita ni dihalakan ke arah maksiat or sebaliknya. Adakah wajah cute kita ni tarik masuk syurga or neraka. Think. Hehe.

A: Betul. Hehe.

1 new message received

B: Oit, sorry late. Thanks for the words. Memang dah buat banyak dengan muka cute ni. Huhu. Try explain sikit message ko tu. Macam tak habis. Heh!

Sender: Apa yang ko faham?

B: Entahlah. Dulu member aku pernah tegur, dia kata aku wajib pakai purdah sebab aku ade rupa, aku takde la rasa aku lawa sangat. Ramai je member aku yang lagi lawa.

Sender: Think again adakah kita ni takbur dengan apa yang kita ada. Adakah wajah kita ni dihalakan ke arah maksiat or sebaliknya. Adakah wajah cute kita ni tarik masuk syurga or neraka. Think. Hehe.

B: Hurm. Dalam maksudnya. Aku pun tak taulah. Tapi aku tak nafikan pernah je salah gunakan ni'mat aku yang satu ni. Tapi ada gak ni'mat yang Dia bagi as 'peringatan' untuk aku. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

“Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahka untuk dimulakan dan disebut namanya di dalamnya, pada waktu pagi dan pada waktu petang, lelaki yang tida dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah dan dari mendirikan solat dan dari membayar zakat. Mereka takut pada suatu hari (yang dihari itu) Hati dan penglihatan menjadi goncang. Mereka yang mengerjaka demikian itu supaya Allah memberikan balsan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan, dan supaya Allah menambahkan kurnianya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki pada siapa yang dikehendakinya.” (An-Nur: 35-38)

Mode sekarang: modeless
Lagu: Farsyitturab

Dust is My Bed. Muka aku ni bila dalam kubur sama-sama jadi dust or jadi bangkai or tetap jadi muka?
Muka ni nanti kena makan ulat ataupun masih cantik macam sekarang?

Sekarang ni dah masuk fasa yang ke-2. Fasa maghfirah (Pengampunan).

"Dialah bulan yang permulaanya rahmat, pertengahannya pengampunan, dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Barangsiapa meringankan beban daripada budak sahaya niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka." (Bughyah Al-Kharits, As-Syu'ab al Imam lil Baihaqi)


Sama-samalah kita hayati Ramadhan yang masih bersisa ni. Sementara Malaikat maut belum bagi invitation card lagi, baik kita prepare awal-awal sebab kita tak tau bila kita punya turn.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...